Kempen, KESIHATAN, Pendidikan, VIDEO

Jika anda seorang penggemar mi segera, adakah anda akan berubah fikiran sebaik habis membaca artikel ini?

Jika anda seorang penggemar mi segera, adakah anda akan berubah fikiran sebaik habis membaca artikel ini?

Sebuah rakaman video telah dibuat mengenai proses badan menghadam mi Ramen.

Video tersebut boleh dijadikan amaran terutamanya pelajar kolej yang bergantung kepada makanan murah sebagai sumber tenaga.

Dr. Braden Kuo yang bertugas di Hospital Besar Massachusetts menggunakan kamera bersaiz sebutir pil untuk merakam kesan mi segera Ramen dan  lain-lain jenis mi pramasak ke atas badan.

Rakaman video menunjukkan selepas 2 jam, kebanyakan mi masih berada dalam bentuk asal.

Mi segera kebiasaannya akan disalut bahan pengawet seperti tertiary-butylhydroquinone.

“Satu perkara yang paling menarik perhatian dalam pemerhatian selang 2 jam ialah kadar penghuraian mi Ramen,” ujar Kuo.

“Selepas 2 dan 4 jam berlalu, saiz tertentu mi Ramen membesar atau masih terbentuk berbanding mi buatan sendiri. Ini menunjukkan yang mi Ramen sukar diurai menjadi jirim zarahan semasa proses penghadaman.”

Kristina Whitaker yang merupakan pelajar senior Macon State College mengatakan, “Bagi seorang pelajar kolej sepenuh masa, wang dan masa merupakan isu utama yang perlu ditangani dan membeli beberapa bungkusan mi segera sebagai bekalan adalah pilihan terbaik kerana harganya yang murah. Ianya mengenyangkan dan sesuai apabila awak tidak boleh duduk diam setempat dan sering mengejar tarikh akhir.”

“Selepas melihat video ini sudah semestinya saya perlu mengurangkan kekerapan menjamah mi Ramen,” tambah Whitaker.

“Saya akan cuba mengurangkan pengambilan mi Ramen hanya sekali seminggu atau mungkin saya berhenti terus dari memakannya melainkan saya tiada pilihan lain.”

“Kami tidak memahami kesan terhadap tahap penghadaman, tetapi imej yang kami lihat perlu dibincang lanjut,” Kuo menambah.

“Buat masa ini, saya masih belum pasti jika mi Ramen boleh menjejaskan kesihatan, nutrisi atau penyerapan.”

Penghuraian mi Ramen di dalam perut.

Dalam satu kajian perubatan yang terdapat di dalam The Journal of Nutrition, wanita Korean Selatan yang mengamalkan pengambilan mi Ramen lebih banyak dari biasa dikatakan cenderung menghidap sindrom metabolisme.

Pesakit sindrom metabolisme pula berisiko tinggi menghidap penyakit jantung dan kencing manis.

“Walaupun mi segera sedap dan mudah untuk dimakan, ianya meningkatkan risiko sindrom metabolisme kerana kandungan garam yang tinggi, serta lemak tepu dan beban glisemik yang tidak sihat,” ujar Hyun Shin, pelajar kedoktoran Universiti Harvard.

Namun, jika anda seorang penggemar mi segera tidak salah untuk anda terus menikmatinya asalkan ia berpada-pada.

Seorang profesor bahagian pemakanan dan epidemologi di Harvard, Dr.Frank B. Hu mengatakan, “tiada masalah untuk menjamah mi segera sekali atau dua kali sebulan, tetapi pengambilannya beberapa kali seminggu adalah membahayakan.”

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...