Benua Amerika, INSPIRASI, Keluarga, Pesona, Ria, VIDEO

Ibu terkejut melihat seseorang mendakap bayi pramatangnya. Apabila dia mengetahui siapa lelaki berusia itu, dia benar-benar terharu

Ibu terkejut melihat seseorang mendakap bayi pramatangnya. Apabila dia mengetahui siapa lelaki berusia itu, dia benar-benar terharu

Lelaki yang berusia ini digambarkan sebagai “orang yang sangat berharga” kerana sumbangannya terhadap pesakit paling kecil di unit kawalan rapi bayi di Atlanta (NICU) tidak ternilai harganya di kala mereka terlalu berisiko untuk dibawa pulang ke rumah.
Sejak 12 tahun yang lalu, pada setiap hari Selasa dan Khamis pesara David Deutchman sangat setia mengunjungi Pusat Jagaan Kanak-kanak Atlanta (CHOA) di mana bayi-bayi pramatang ditempatkan.

Dia secara sukarela menidurkan bayi, menyanyi untuk mereka dan menyayangi mereka walaupun bayi-bayi itu bukanlah darah dagingnya sendiri. 

Menurut Deutchman, dia berasa gembira melakukan pekerjaan itu biarpun adakalanya bayi akan termuntah, terkencing padanya. Dia merasakan semua itu adalah satu nikmat yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata terutamanya apabila dia mendakap bayi. 
Disebabkan sikapnya yang lemah lembut terhadap bayi-bayi pramatang itu, dia digelar “datuk NICU”. Dia sentiasa bercakap dengan bayi-bayi tersebut dengan intonasi suara yang mendamaikan dan penuh kasih sayang. 
Deutchman mengakui keseronokan menjaga bayi-bayi itu adalah naluri semula jadinya dan dia sangat menghargai setiap saat masa yang diluangkan bersama bayi-bayi tersebut.

Deutchman berkata, dia teruja untuk berjumpa dengan bayi-bayi tersebut dan sentiasa bersedia untuk memberikan apa jua pertolongan kepada ibu bapa dan bayi tersebut.
Suatu hari ada seorang wanita terkejut apabila mendapati bayi pramatangnya dalam dakapan seseorang yang tidak dikenali. Dia lantas menyapa lelaki berusia itu dan bertanyakan “siapa awak?”

Deutchman memandang ke arah wanita itu dan sambil tersenyum dia berkata, “Saya ialah datuk NICU”. Tahulah kini Deutchman adalah lelaki yang sering disebut-sebut selama ini di atas kebaikan hatinya menjaga bayi-bayi pramatang.
MaryBeth Brulette berasa lega dan terharu kerana Deutchman sanggup menjaga bayinya, Logan Brulette yang telah dilahirkan pada usia kandungannya baru sahaja 25 minggu ketika itu.
Selepas gambar Deutchman mendakap Logan dikongsi di media sosial, beberapa netizen lain yang pernah mendapat khidmat daripada Deutchman juga berkongsikan rasa kagum mereka terhadap kebaikannya.

Seorang pengguna Facebook menulis, “Dia telah menidurkan anak kami berjam-jam lamanya. Apakah kelebihan yang dimiliki sehingga dia sanggup berkongsi kasih sayang dengan orang lain.”
“David menjaga anak kami Madilyn ketika berada di NICU. Dia sangat hebat dan kami sangat berterima kasih atas kebaikan hatinya,” tulis pengguna Facebook yang lain.
Ada pengguna lain berkata, “David menidurkan anak kami setiap pagi Rabu sepanjang 4 bulan bayi kami ditahan di wad. Dia sentiasa mempunyai tempat istimewa dihati kami. Kami sayangkan David.”

Dalam ramai-ramai netizen yang menyatakan rasa kagum mereka terhadap Deutchman, anak perempuannya sendiri turut menulis, “Saya mengenali David sebagai seorang lelaki yang sangat istimewa selama 53 thun – dia adalah ayah saya!” Dia berasa terharu kerana netizen menghargai tindakan murni ayahnya itu dan menyatakan bahawa ayahnya benar-benar suka melakukan kerja sukarela itu.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...