Automobil, Kempen, NASIONAL

Honda Malaysia umum penarikan semula 2,814 unit HR-V. Ketahui punca kepada permasalahan ini

Honda Malaysia umum penarikan semula 2,814 unit HR-V. Ketahui punca kepada permasalahan ini

Honda HR-V merupakan salah satu kenderaan pilihan ramai kerana mempunyai tarikan gaya ‘sporty’ dan kemasan bahagian luar yang sangat cantik.

Kredit: HRV Forum

Namun baru-baru ini, Honda Malaysia telah mengumumkan penarikan semula kenderaan Honda HR-V 2016 disebabkan oleh masalah bahagian batang penstabil hadapan pada model kenderaan berkenaan.

Kredit: Time

Menurut Paul Tan, sejumlah 2,814 unit HR-V terpaksa dipanggil semula kerana dikatakan bahagian penstabil hadapan kenderaan ini akan rosak dan pecah jika berada di bawah tekanan yang tinggi.

Kawalan suhu yang tidak menentu sewaktu proses pembuatan telah melemahkan bahagian penstabil berkenaan.

Jika penstabil tersebut rosak, tayar kenderaan akan menjadi tidak seimbang dan menyebabkan kereta menjadi tidak stabil serta bergerak ke kiri atau ke kanan.

Kredit: HRV Forum

Setakat ini, tiada sebarang kes kemalangan yang berpunca daripada kerosakan batang penstabil dilaporkan.

Namun bagi memastikan keselamatan para pengguna jalan raya, Honda Malaysia telah mengarahkan semua pemilik kenderaan HR-V untuk menghantar kenderaan masing-masing bagi tujuan pemeriksaan.

Batang penstabil yang tidak selamat akan digantikan dengan bahagian baru yang menepati standard piawaian pembuatan secara percuma. Mana-mana pemilik kenderaan model HR-V akan dimaklumkan melalui surat.

Pihak Honda Malaysia turut memberi jaminan bahawa kenderaan jenis lain tidak terkesan dengan situasi ini. Jadi jika anda mempunyai kenalan yang menggunakan Honda HR-V, kongsi artikel dan informasi ini kepada mereka.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...