Kerjaya, KESIHATAN, SUKAN, VIDEO

Bintang ragbi lumpuh selepas lehernya patah akibat kemalangan. Tetapi suatu hari, tunangnya melihat keajaiban mula berlaku

Bintang ragbi lumpuh selepas lehernya patah akibat kemalangan. Tetapi suatu hari, tunangnya melihat keajaiban mula berlaku

Bintang ragbi Ed Jackson mengalami lumpuh yang mengancam nyawa selepas terlibat dengan kemalangan maut.

Ajaibnya dia mula berjalan hanya 100 hari selepas berlakunya tragedi malang itu dengan bantuan tunangnya yang setia di sisinya!

Bintang ragbi serantau Welsh, Ed Jackson hampir tidak dapat menggerakkan badan di bahagian bawah lehernya setelah kepalanya terhantuk pada kawasan cetek kolam renang rakannya di sebuah pesta pada 8 April lalu.

“Selepas kepala saya terhantuk di bahagian bawah kolam, saya menyedari bahawa saya tidak boleh berenang untuk naik semula ke permukaan air kerana kaki saya tidak dapat bergerak manakala tangan saya juga kaku,” jelas Jackson di Facebooknya.

Mujurlah pada ketika itu, ayahnya yang merupakan pesara doktor am dan rakannya, Daffyd sedar akan keadaan itu dan segera menarik Jackson keluar dari kolam. Jackson kemudiaannya dikejarkan ke hospital.

Katanya lagi, “Semasa pembedahan, mereka mengeluarkan cakera saya yang hancur, memindahkan tulang belakang saya dan menggantikannya dengan plat logam.”

Apabila dia sedar selepas ditempatkan di unit kawalan rapi, dia tidak dapat berasa sebarang tindak balas pada anggota badan di bahagian bawah lehernya. Dia hampir tidak boleh bergerak kecuali melakukan pergerakan terhad di lengan kanannya.

Sejak itu, Jackson menghabiskan 11 minggu di tiga hospital yang berbeza sebelum dia dibenarkan pulang.

Sepanjang minggu pemulihan yang menyakitkan itu, Jackson mendapat sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan juga tunangnya yang begitu setia di sisinya, Lois Rideout.

Ujar Jackson kepada BBS News, “Tunang saya seorang yang mulia. Dia berada di sisi saya setiap hari. Pada dasarnya dia adalah jurulatih peribadi saya kerana dialah yang menetapkan semua sesi latihan pemulihan untuk saya.”

Hakikatnya, Lois begitu takut untuk menghadapi kenyataan Jackson yang sudah terbaring lemah dengan wayar dan tiub yang berselerak di sana sini. Dia menangis mengenangkan nasib Jackson tetapi harus kuat di hadapan Jackson.

Menurut Lois di Instagramnya, “Jackson adalah seorang yang positif dan berjiwa kental.” Namun ketika Jackson bersendirian dengan Lois, dia tumpas dengan perasaan sedihnya sendiri.

Jackson memberitahu Lois bahawa Lois tidak sepatutnya bersamanya ketika dia dalam keadaan yang menyedihkan itu. Sebaik sahaja mendengar kata-kata Jackson, Lois segera menyangkal kenyataan itu dan memberitahu Jackson, mereka akan berhadapan dengan detik-detik sukar itu bersama-sama.

“Tidak kira apa yang berlaku sekarang, kita akan menghadapinya bersama-sama dan kita akan berbahagia,” ujar Lois sambil tersenyum kepada Jackson.

Sikap prihatin dan tanggungjawab Lois benar-benar terserlah sewaktu Jackson berada dalam keadaan kesihatan yang begitu membimbangkan dan ia membuktikan Lois sememangnya ditakdirkan untuk bersama Jackson selamanya.

Pasangan dua sejoli ini bercadang untuk mengikat hubungan hati tersebut pada tahun 2018 nanti.

“Hidup saya telah berubah sepenuhnya tetapi saya begitu teruja untuk menghadapi kenyataan hidup pada masa hadapan. Saya tidak takut lagi.” ujar Jackson.

Dia menambah, “Masa akan menentukan bagaimana saya akan pulih.”

Malah, hanya selepas 100 hari selepas tragedi itu, Jackson telah berkongsi di Facebook miliknya video dia berlatih berjalan dengan dibantu oleh tunang kesayangannya, Lois. Nampaknya kakinya sudah boleh bergerak! Syukur.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...