Aneh, Asia, Galeri Foto

Cimpanzi yang merokok merupakan tarikan sebuah zoo di Korea Utara

Cimpanzi yang merokok merupakan tarikan sebuah zoo di Korea Utara

Jonas Wahlstrom, merupakan individu yang telah beberapa kali menjejakkan kaki ke sebuah zoo di Korea Utara dalam usahanya untuk menasihati para penjaga zoo mengenai cara-cara menjaga cimpanzi kesayangan Kim Jong-un.

Foto-foto luar biasa ini memberikan gambaran menarik terhadap kehidupan seharian di dalam Zoo Pyongyang yang terkenal di Korea Utara – di mana sekumpulan cimpanzi merokok secara berantaian adalah merupakan tarikan utama!

Di sinilah terletaknya ratusan haiwan eksotik yang telah didermakan oleh segelintir negara kepada pemimpin negara ini, menyebabkan orang ramai akan masuk dan mengintip di kandang-kandang haiwan berkenaan.

Beberapa murid sekolah berkumpul di luar pintu masuk zoo yang terletak di Pyongyang.

Inilah rumah penguin terbaru.

Gambar kandang cimpanzi – Jonas berkata lebih banyak pokok perlu diletakkan.

Pengunjung berkumpul di luar pagar kandang cimpanzi.

Tahun lalu, penampakan seekor cimpanzi yang merokok merupakan tarikan zoo berkenaan.

Jonas memberitahu The Sun Online, pihak zoo berkata mereka telah menjalankan usaha agar cimpanzi itu berhenti merokok.

Pengujung melihat reptilia kecil di zoo itu.

Ini pula lokasi beruang hitam ditempatkan.

Kesemua gambar ini diambil oleh Jonas Wahlstrom, selaku pengarah urusan taman hidupan liar di Stockholm, di mana beliau telah membantu dan memberi tunjuk ajar kepada pihak zoo berkenaan selama 30 tahun.

Zoo yang terletak di sebuah lokasi yang dirahsiakan itu merupakan projek haiwan peliharaan Kim Jong-un. Jadi, tidak hairanlah saban tahun ada saja pameran zoo yang menakjubkan.

Termasuklah monyet yang bermain bola keranjang, burung nuri yang boleh meniru ucapan Kim Il Sung, dan juga cimpanzi yang merokok secara berantaian.

Jonas juga mendedahkan bahawa tarikan cimpanzi yang berokok itu benar-benar memeranjatkannya lantas mengarahkan pihak zoo untuk segera menghentikannya. “Saya berkata kepada mereka bahawa ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Itulah juga yang berlaku di kebanyakan zoo di Eropah 30 tahun yang lalu. Nasib baik, mereka menghentikannya”.

Ini kawasan babun, di mana ia juga memerlukan lebih banyak pokok.

Aviari burung yang mempunyai menara tinjau di bahagian tengahnya.

Jonas berkata beliau ke sana atas jemputan pihak zoo untuk mendapatkan khidmat nasihatnya bagi membantu pekerja menguruskan haiwan. Beliau juga telah banyak kali melawat dan menghadiahkan zoo itu dengan binatang kecil seperti galago, ikan, anak buaya, ular, penyu, dan meerkat.

Antara spesis burung yang terdapat di dalam aviari berkenaan.

Gambar aviari kedua di sana.

“Ia merupakan salah satu usahasama dengan zoo di Pyongyang. Ia agak terpencil jadi saya mempunyai beberapa kenalan yang membolehkan saya untuk membantu mereka berkenaan dengan cara-cara untuk menjaga haiwan-haiwan di zoo tersebut dengan baik. Saya juga ada menekankan betapa pentingnya penambahbaikan, seperti menambah bilangan pokok di dalam kandang cimpanzi”.

‘Pemimpin’ merupakan gelaran yang digelar kepada Kim Jong-un, di mana menurut Jonas, beliau sangat mementingkan kejayaan zoo tersebut. Mereka mempunyai banyak haiwan kerana banyak menerima hadiah.

Mao Zedong telah memberikan panda gergasi, Ho Chi Minh pula ada memberikan gajah, Mugabe memberikan badak sumbu dan Gadaffi pula memberikan unta.

Zirafah juga terdapat di zoo ini.

Lokasi singa ditempatkan.

Ini pula binaan batuan tiruan yang terdapat di zoo berkenaan.

Semuanya diberikan kepada pemimpin dan pemimpin pula akan memberikannya kepada zoo. Itulah sistemnya.

Jonas juga menjelaskan bahawa kerjanya tidak berlandaskan politik kerana apa yang penting adalah kebajikan haiwan-haiwan di sana.

Gambar ini menunjukkan akuarium yang menempatkan ikan beriklim tropika.

Para pelawat berjalan melepasi kawasan yang menempatkan primat bersaiz sederhana.

Kekurangan jumlah anjing domestik juga menyebabkan ianya turut ditempatkan di zoo ini.

“Semua yang telah dihadiahkan kepada pemimpin menyebabkan beliau sangat berminat untuk mengetahui perkembangan zoo itu. Tambahan pula, ia sangat besar – berkeluasan 200 hektar, sesuailah dengan bilangan pengunjung yang ramai ketika cuti hujung minggu (lebih kurang 2.5 juta orang pelawat untuk tempoh satu tahun)”, jelas Jonas.

“Pihak zoo dikatakan telah membina semula keseluruhan kawasan zoo tersebut menerusi sumber dana yang telah diberikan oleh pemimpin. Hal ini kerana, pemimpin sangat menyukai haiwan”, akhiri Jonas.

Era Baru

Kategori:Aneh Asia Galeri Foto

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...