Eropah, INSPIRASI, Kisah Inspirasi, Pesona, Ria, VIDEO

3 remaja di Poland meredah kesejukan malam hanya untuk menyelimutkan seorang lelaki gelandangan

3 remaja di Poland meredah kesejukan malam hanya untuk menyelimutkan seorang lelaki gelandangan

Tindakan tiga orang remaja di Nysa, Poland menyelimuti seorang lelaki gelandangan yang tidur di atas sebuah bangku dirakam oleh sebuah kamera keselamatan.

Mereka tidak hanya menyerahkan selimut tebal kepada lelaki itu malah sempat memastikan yang gebar itu menutup sempurna badan lelaki itu.

Menurut laporan TVN24, awal petang itu lelaki gelandangan tersebut memohon bantuan mereka agar dapat dicarikan alas tempat tidur untuk menghadapi kedinginan malam nanti.

Beberapa jam kemudian, ketiga-tiga pemuda kembali mencari lelaki gelandangan itu, tetapi dia sedang tidur, lalu mereka menyelubung badannya dengan dua helai gebar demi memastikan yang lelaki itu dapat bertahan dalam cuaca yang sangat sejuk.

“Kami membawakan gebar untuk lelaki budiman itu. Kami menyelimuti dia,” ujar Szymon dalam sebuah temu ramah bersama TVN24.

Datuk Bandar Nysa, Kordian Kolbiarz mengucapkan tahniah kepada remaja tersebut. “Ianya merupakan satu perbuatan mulia. Saya tabik dengan kamu. Dunia memerlukan kebaikan sebegitu,” katanya lagi.

Mari kita tonton rakaman video di bawah. Semoga ianya juga memberi iktibar untuk kita sentiasa berbuat baik seasama insan.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...