GAYA HIDUP, Idea Gajet, Keluarga

Tahukah anda bahawa bedak bayi sebenarnya mempunyai fungsi lain selain untuk kegunaan bayi semata-mata? Ini fungsi dan manfaat lain bedak bayi!

Tahukah anda bahawa bedak bayi sebenarnya mempunyai fungsi lain selain untuk kegunaan bayi semata-mata? Ini fungsi dan manfaat lain bedak bayi!

Pasti ramai yang suka akan bau bayi, bau yang sangat menenangkan. Tidak hairanlah jika ramai yang menggunakan bedak atau losyen bayi semata-mata mahu mendapatkan kulit yang lembut serta bau yang lembut seperti bayi. Namun sedarkah anda bahawa bedak bayi sebenarnya mempunyai fungsi lain selain kegunaan biasa pada bayi?

Anda mahu tahu apakah fungsi lain bedak ini? Lihat di bawah, anda pasti tidak sedar selama ini bahawa selama ini bedak ini sebenarnya memiliki manfaat yang banyak!

#1 Gunakan bedak bayi sebagai syampu kering

Kredit gambar: Freepik

Syampu kering adalah cara mudah untuk menghilangkan minyak rambut dengan cepat. Tetapi syampu kering  yang ada di pasaran kebanyakannya mengandungi bahan kimia tinggi kuantitinya. Jadi, anda boleh menggantikannya dengan campuran bedak bayi dengan serbuk penaik. Kombinasi dua bahan itu dapat menyerap minyak dengan serta-merta.

#2 Menghilangkan bau kasut 

Kredit gambar: Freepik

Bedak bayi adalah pewangi kaki yang hebat. Ia akan menjaga kaki anda dengan baik dan kering serta dapat mencegah anda daripada sebarang bau peluh.

#3 Mengurangkan kesakitan ketika waxing

Kredit gambar: Freepik

Taburkan bedak bayi sebelum melakukan waxing. Ia akan menyerap minyak dan air yang terdapat pada kulit yang menjadikan kulit kering. Hasilnya, wax tersebut akan melekat kuat pada bulu dan akan menjadikannya kurang menyakitkan dan lebih berkesan.

#4 Tanggalkan minyak gris 

Kredit: Facebook | You Magazine

Letakkan kain basah dan bedak bayi di tempat yang terkena minyak. Bedak itu akan menyerap minyak dengan segera dan apa yang anda perlu lakukan selepas itu ialah bilas pakaian tersebut dengan sabun sehingga bersih.

#5 Barang kemas

Kredit gambar: Freepik

Gunakan bedak bayi untuk meleraikan barang kemas yang kusut dan tersimpul. Taburkan sedikit bedak bayi pada  barang kemas yang kusut dan anda dapat meleraikan rantai yang saling terkait dengan mudah. Menaburkan bedak bayi pada barang kemas juga akan membuat barang kemas nampak lebih berkilau seperti baru.

#6 Sarung tangan getah

Kredit gambar: Freepik

Biasanya sarung tangan getah akan melekat pada kulit semasa anda memakainya. Jadi untuk mengelakkan sarung tangan melekat pada kulit anda boleh menaburkan sedikit bedak bayi di dalam sarung tangan untuk menyerap kelembapan dalam sarung tangan tersebut. Selain itu, anda juga boleh menggunakan bedak bayi pada tangan anda sebelum menyarungkan sarung tangan getah.

#7 Elakkan kad daripada melekat

Kredit gambar: Freepik

Kad yang dibeli baru yang dibeli biasanya melekat antara satu sama lain. Letakkan kad permainan anda dalam beg kertas dan taburkan bedak bayi ke dalamnya. Goncangkan beg kertas supaya bedak bayi dapat diratakan.

#8 Buku berlapuk

Buku biasanya akan berlapuk jika jarang dibuka. Jadi jika anda memiliki buku-buku lama atau mungkin novel kesukaan anda untuk mengulangi bacaan bedak bayi boleh mengatasi masalah tersebut.

Buka beberapa halaman buku dan letakkan bedak bayi pada halaman tersebut. Dirikan buku dan biarkan semalaman. Keesokan harinya anda akan dapati kulat yang tumbuh sudah mulai hilang dan buku anda bahkan berbau lebih harum.

#9 Menghalau semut

Semut yang bersarang di rumah pasti membuat anda risau lebih-lebih lagi jika anda memiliki anak kecil di rumah. Jadi anda boleh menggunakan bedak bayi untuk menghalau semut.

Caranya mudah, anda perlu membuat tanda di mana kawasan sarang semut, kemudian sempitkan laluan mereka dan taburkan bedak bayi di kawasan tersebut. Semut akan mulai berkurangan kerana mereka tidak boleh ‘bebas’ daripada bedak bayi yang ditaburkan.

#10 Sebagai sentuhan akhir solekan

Setiap kali anda selesai bersolek cuba letakkan bedak bayi pada berus besar dan ratakan di seluruh muka. Bedak bayi ini boleh membuat solekan anda kelihatan lebih kemas bahkan wajah anda juga bebas daripada kilauan dan minyak yang berlebihan.

Kredit Thumbnail: Meagan FranciswikiHowteen385.com

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...