Setiap hari dalam kehidupan liar adalah perjuangan untuk meneruskan hidup. Sama ada mereka mencari makanan, tempat tinggal atau secara semula jadi berlawan antara satu sama lain, meraka akan sentiasa berjaga-jaga demi kelangsungan hidup.

Di sebatang sungai yang tenang terletak di Sainte-Marie, Ontario, Kanada, kelihatan seekor rusa besar sedang mengharungi sungai bersendirian.

Tiba-tiba muncul seekor serigala dari celah pokok yang merimbun itu. Mereka berlawan antara satu sama lain.

Serigala itu berjaya menggigit kaki kanan rusa besar itu tetapi rusa besar itu tidak begitu mudah menyerah kalah untuk menjadi makanan serigala yang kelaparan itu.

Tonton video di bawah untuk melihat kesudahan di mana serigala akhirnya terpaksa akur rusa besar itu bukanlah lawannya.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds