INSPIRASI, Kebenaran, KESIHATAN

Lelaki ini hampir maut dengan ketagihan dadah, dan ahli keluarga berasa terkejut dengan cara pemulihannya yang hebat!

Lelaki ini hampir maut dengan ketagihan dadah, dan ahli keluarga berasa terkejut dengan cara pemulihannya yang hebat!

Ini adalah kisah Pham Duc Duy yang berusia 29 tahun dan pemulihan hidupnya dari ketagihan dadah dan kesengsaraan yang dialami akibat penyalahgunaan dadah.

Kredit: Pham Duc Duy

Selepas mengalami kegagalan dalam percubaannya untuk berhenti mengambil dadah, Pham Duc Duy bernasib baik kerana mempunyai rakan yang membimbing dan menyokongnya untuk keluar dari kesengsaraan hidup dan hampir maut.

Saya adalah anak tunggal yang dimanjakan dari keluarga yang bekerja keras membina kehidupan di bandar Ha Long, Vietnam. Semenjak kecil, saya tidak suka menumpukan perhatian di sekolah dan mengabaikan pelajaran.

Saya anak yang tidak mendengar kata dan ibu bapa saya selalu mengejar dan memarahi saya untuk mendisiplinkan saya menjadi anak yang baik. Mereka mencuba pelbagai cara untuk mendidik saya.

Dari percakapan yang lembut kepada memarahi dan memukul. Ibu saya selalu menitiskan air mata di malam hari dan ayah saya berasa patah hati memikirkan diri saya.

Namun semua perhatian mereka itu tidak dipedulikan oleh saya. Ketagihan dadah bermula dengan mengambil bahan yang ringan dahulu.

Tetapi kemudian menular kepada dadah yang berat. Pada Gred 10, saya telah mula mengambil heroin.

Di waktu itu saya telah mula bergaul dengan kumpulan penjenayah dan meninggalkan bangku sekolah. Saya mula mengambil kokain, serbuk putih yang boleh dihisap.

Semasa saya mengambil dadah ini, saya berada di dalam khayalan dan saya boleh tidak makan selama beberapa hari. Apabila kesan dadah ini telah berkurangan, saya menjadi seorang yang kecewa, mudah marah dan kepenatan.

Saya tidak tahu berapa banyak wang yang telah saya gunakan pada hari-hari gelap tersebut. Dan rasanya sangat banyak.

Saya meminjam dari saudara mara dan jiran-jiran. Dan apabila saya telah sedikit dewasa, saya telah menggadaikan barang berharga seperti motosikal dan barangan curi kepunyaan ibu bapa saya.

Keluarga saya selalu membayar wang yang saya pinjam dari peminjam yang meminta dari mereka. Dan mereka juga menderita kerana saya.

Ibu bapa saya memiliki sebuah kafe dan mereka bekerja keras di waktu siang dan malam mencari rezeki. Ibu saya akan bangun pada awal pagi setiap hari dan menyediakan bahan-bahan di kedai, bekerja tanpa mengenal penat lelah.

Membesarkan seorang anak lelaki bergelar penagih dadah merupakan satu perkara yang kejam yang mana membuatkan mereka perlu berusaha mencari wang yang banyak untuk membela saya. Itu semua berlaku tanpa saya sedari, dan saya tidak pernah berasa insaf.

Diri saya yang lama, seorang pemuda yang kotor dengan bahu yang luas serta pandangan mata yang sentiasa marah, dengan sewenang-wenangnya membelanjakan wang yang ibunya bersusah payah mencari dengan titik peluhnya. Saya hanya menyedari perkara ini setelah mendapat jalan keluar dari permasalahan ini.

Fikiran jahat sentiasa muncul apabila saya berada dalam keadaan terdesak dengan kehabisan wang dan tidak dapat membeli dadah. Saya selalu berniat mahu mencuri dan merompak setiap kali dalam keadaan itu.

Walaupun begitu, saya tidak pernah melakukannya. Nasib baik, saya tidak pernah mencederakan ibu bapa saya untuk memaksa mereka menyerahkan wang.

Ramai orang menyangka penagih dadah telah mati hatinya dan akan menjadi pembunuh kerana ketagihan dadah. Tetapi, secara realiti, bagi diri saya sendiri, ia amat menyeksakan.

Ini kerana, mereka tidak dapat mencari jalan keluar tetapi hanya melihat realiti yang menyedihkan dalam kehidupan yang menemui jalan mati. 

Ini mengatasi impian saya dan keluarga

Ibu bapa saya mendedikasikan diri untuk menyelamatkan anak tunggalnya dengan pelbagai cara. Tetapi tidak ada satu cara pun yang berjaya memulihkan ketagihan saya.

Dengan harapan saya akan berubah selepas diberikan seorang teman hidup, maka saya telah dikahwinkan oleh ibu bapa saya. Namun saya meneruskan tabiat lama itu walaupun telah menjadi seorang bapa kepada anak perempuan yang comel.

Amat menyedihkan apabila mengenang kembali bagaimana saya telah mengecewakan isteri dan anak perempuan saya. Selepas beberapa kali berusaha dan memohon supaya saya berubah dan berhenti mengambil dadah, isteri saya telah berputus asa dan meninggalkan saya.

Beliau telah pulang ke rumah ibu bapanya dan membawa anak perempuan kami bersamanya. Ibu bapa saya berasa terharu dengan kepayahan mereka menghadapi masalah ketagihan saya sehingga memecah belahkan kehidupan berkeluarga.

Namun begitu, saya tetap sama, tidak mahu berubah. Saya semakin giat menagih dengan menjadi gian dan lupa diri sehingga tidak lagi menghiraukan kesengsaraan orang di sekeliling saya.

Setelah sekian lama, penyalahgunaan dadah itu telah mengubah bentuk fizikal dan kesihatan saya. Kulit saya bertukar menjadi kuning, mata saya menjadi kuyu dan menakutkan dan saya berasa tidak berdaya lalu jatuh sakit.

Saya mengalami insomnia dengan penyakit hepatitis B dan C, dan saya tidak lagi boleh menjamah makanan. Saya perlu dirawat dengan membelanjakan wang yang banyak untuk ubat-ubatan dan terpaksa dipindahkan ke hospital di Hanoi.

Dengan berasa keletihan dan terdesak, saya sudah berasa hilang harapan untuk hidup. Kemudian, saya menemui cara untuk kembali ke kehidupan sebenar dan berubah.

Ia merupakan satu amalan meditasi yang dapat membantu saya mengawal kembali kehidupan saya. Amalan ini bukan hanya dapat menyembuhkan penyakit tetapi dapat mengubah takdir seluruh ahli keluarga saya.

Lebih banyak saya membaca ‘Zhuan Falun’, semakin banyak saya tertarik kepada ajarannya

Rakan saya yang bernama Toan adalah seorang bekas penagih dadah yang telah mengalami kegagalan buah pinggang dan kemurungan.

Beliau telah memberitahu terdapat satu buku yang dipanggil ‘Zhuan Falun’ yang menerangkan prinsip Falun Gong, cara serta disiplin meditasi dan qigong dari China.

Isteri  Toan telah mengamalkan senaman Falun Gong dan telah memperkenalkan ia kepada Toan.

Mereka mula bersenam dan mengamalkan meditasi sehingga dapat menghentikan ketagihan dadah Toan, menyembuhkan penyakitnya dan menjalani kehidupan dengan nilai yang lebih baik.

Toan menjadi seorang yang sangat berbeza dari sebelumnya. Kulitnya tidak lagi kekuningan dan kini wajahnya menjadi kemerahan dengan senyuman menunjukkan seorang yang sihat.

Toan kini berasa damai dan stabil, jauh dari perasaan gusar dan takut kesan dari ketagihan dadah yang sudah lama. Isteri Toan amat memahami kesengsaraan dan kesakitan yang dialami oleh penagih dadah dan ahli keluarganya.

Beliau juga mengetahui dari pengalamannya, Falun Gong akan dapat membantu seseorang mengenali masalahnya dan diperbetulkan secara asas. Tanpa teragak-agak, beliau telah berjalan dari jarak yang jauh di awal pagi dan mengambil saya di rumah untuk pergi ke pusat latihan.

Pada mulanya saya berasa malas kerana badan yang berasa lemah, tetapi apabila melihatnya menunggu saya setiap hari dengan sabar di luar rumah saya dalam keadaan yang masih gelap, beliau telah menyentuh hati saya.

Saya berusaha sedaya upaya untuk mengatasi segala halangan ini supaya saya dapat ke tempat latihan pada waktu yang ditetapkan. Saya melihat pengamal Falun Gong kesemuanya orang yang baik.

Mereka memikirkan kepentingan orang lain terlebih dahulu. Lebih banyak saya membaca ‘Zhuan Falun’, lebih banyak saya tertarik kepadanya.

Buku ini mengajar pengamalnya mencari kebahagiaan sejati yang datang dari pemikiran ke atas orang lain dan mengikuti prinsip universal akan kebenaran, perasaan belas kasihan dan kesabaran.

Ia memberikan saya satu kesedaran apabila melihat tindakan saya dalam sudut dan perspektif yang berbeza. Saya begitu menyesali tindakan saya yang telah melakukan banyak dosa dan melukakan hati ramai orang.

Buat pertama kali dalam kehidupan saya, perasaan ini telah tersentuh dan saya berasa sedih apabila mengingati semula bagaimana ibu bekerja keras setiap hari. Saya berasa menyesal apabila terbayang wajah sedih dan kecewa bapa apabila memandang saya.

Dengan membaca buku ini, saya memahami mengapa seseorang itu perlu menjadi manusia yang baik. Dan sikap mementingkan diri itu adalah punca kepada kesengsaraan hidup.

Saya berasa seperti telah dikejutkan dari tidur yang lama. Dan saya telah berjanji untuk mengubah diri.

Saya tidak mahu lagi hidup dengan kehidupan yang dahulu. Saya tidak mahu menyakitkan hati dan mengecewakan orang lain lagi.

Selepas membaca buku dan mengamalkan latihan senaman Falun Gong setiap hari, saya berasa badan ini seperti telah dibersihkan. Dalam masa seminggu saya memulakan senaman, terdapat darah yang dikeluarkan dari najis saya, kadangkala darah beku dan kadangkala darah biasa.

Anehnya, saya tidak mengalami apa-apa kesakitan di dalam perut, atau berasa kesakitan yang luar biasa. Saya berasa gementar tetapi saya memahami ia sekadar satu proses menolak racun dan kekotoran dari dalam badan saya.

Simptom ini telah pergi secara semula jadi selepas itu. Saya mula memberi fokus kepada latihan senaman, dan saya mula telah dapat makan dan tidur dengan sempurna.

Pada mulanya saya berasa letih apabila memulakan senaman. Tetapi saya mendapati jika saya bertekad dan berusaha, saya akan berasa lebih selesa dan segar setiap kali saya selesai melakukan senaman.

Kesihatan saya telah berubah dengan cepat dan amat mengagumkan saya tidak lagi berasa keletihan. 

Kulit saya menjadi lebih cerah dan kemerahan. Dalam jangka masa yang singkat, saya tidak lagi mengambil ubat-ubatan.

Kini sudah hampir setahun, saya bertambah sihat dan berat badan telah meningkat sebanyak 15 kilogram. Dan ini mengatasi impian saya dan keluarga.

Saya mulai pulih dan dapat membantu keluarga saya melakukan kerja rumah dan membantu ibu saya melakukan kerja-kerja fizikal. Satu perkara yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini.

Melihat perubahan pada diri saya, ibu saya berkata, “Senaman ini sangat bagus. Anak lelaki saya benar-benar telah berubah.” Saya telah meminta maaf dengan mentua saya dan memohon kepada isteri untuk memberi saya satu lagi peluang.

Isteri saya telah melihat perubahan pada diri saya dan telah bersetuju untuk kembali. Saya berasa bersyukur dengan sikap pemaafnya.

Keluarga saya telah bersatu semula dengan perasaan bahagia dan gembira.

Amalan meditasi ini telah membantu saya mengawal dan mendapatkan kembali kehidupan

Sebagai pengamal Falun Gong, saya melakukan yang terbaik untuk mengamalkan prinsip kebenaran, belas kasihan dan kesabaran apabila berhadapan dengan konflik. Inilah yang telah mencipta keharmonian di dalam keluarga saya dan membentuk persekitaran yang stabil untuk anak perempuan saya.

Saya sentiasa berusaha untuk memperbaiki perwatakan saya dengan menjadi seorang yang lebih baik dan ini telah membawa kegembiraan kepada ibu bapa dan keluarga saya. Saya telah mendapat semula harapan dan kepercayaan dalam membentuk potensi kehidupan.

Sebelum saya mengamalkan Falun Gong, ketagihan saya kepada dadah bagaikan gam yang melekat di dalam kehidupan dan menyerap ke dalam minda saya.

Walaupun saya telah sakit dan terlantar, saya masih mahu menghisap sekurang-kurangnya satu batang rokok, dan kehidupan saya tidak akan sempurna tanpa dadah pada waktu itu.

Lebih banyak saya menjadi bosan, lebih banyak saya terikat kepada ketagihan. Itu semua telah berakhir apabila saya mengamalkan Falun Gong dan saya telah berjaya menghentikan semua ketagihan dadah ini dan tabiat buruk saya.

Saya telah tersedar. Perkara yang mengikat dan merosakkan hidup telah saya hindarkan, dan saya lebih memahami perhubungan di antara penyebab dan kesan.

Di masa lampau, saya cuba untuk berhenti menagih sebanyak beberapa kali tetapi gagal. Saya menghisap dadah lain setelah menghentikan pengambilan kokain.

Tetapi selepas saya membaca buku ini lebih lama, saya berasa lebih kuat serta berfikiran ringan dan tidak mahu lagi menghisap kokain. Dengan perspektif berbeza, saya telah dapat mengatasi pengalaman pahit yang lalu.

Saya sendiri berasa terkejut bagaimana mudahnya saya dapat memulihkan diri dari masalah ketagihan dan air mata ini mengalir dengan rasa bersyukur. Pada mulanya, saya berhenti mangambil heroin dan saya masih menghisap rokok.

Selepas membaca ‘Zhuan Falun’ pada kali kedua, saya mengambil keputusan untuk berhenti merokok sepenuhnya. Bermula dari hari itu, saya tidak lagi bergantung kepada apa-apa bahan berunsur dadah.

Apa yang saya mahu lakukan kini ialah membantu golongan muda yang sedang menderita ketagihan dadah dan tidak tahu mencari jalan keluar, seperti yang pernah saya alami dahulu.

Saya juga telah membentuk moral dengan bersikap jujur dan amanah. Contohnya, pelanggan di kedai ibu bapa saya selalu membuat bayaran yang salah dan memberi wang yang terlebih.

Ataupun mereka telah tertinggal telefon bimbit termasuk yang mahal seperti iPhone. Pada masa lalu, saya akan mengambil wang  atau menyimpan telefon itu untuk diri sendiri.

Kini apabila saya menyedari wang itu telah tersalah kira saya akan memulangkan baki kepada pelanggan dan apabila mereka tertinggal telefon, saya akan memulangkan kepada pemiliknya. Pada masa lalu, apabila ibu saya tidak melihat, saya akan mengambil lebihan wang itu.

Kini saya memahami yang perbuatan ini adalah salah kerana pengamal Falun Gong mesti bersikap baik ketika berada di mana sahaja dan setiap waktu walaupun tanpa ada orang yang melihat.

Apa yang saya mahu kini ialah membantu golongan muda yang ketagihan dadah dan tidak ada jalan keluar, seperti mana yang berlaku kepada saya dahulu. Saya tahu ada ramai golongan muda yang telah jatuh seperti saya dan hilang harapan serta berasa tidak berguna.

Apabila saya melihat mereka, ia melukakan hati saya. Saya tahu mereka berada di dalam kesakitan dan diharap mereka juga akan menemui tuah dan memulakan hidup baru seperti saya.

Oleh Pham Duc Duy

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...