Asia, Pesona, VIDEO

Ditemui dalam keadaan ketakutan di dalam sangkar kayu, anak orangutan ini mungkin terlihat sesuatu yang mengerikan!

Ditemui dalam keadaan ketakutan di dalam sangkar kayu, anak orangutan ini mungkin terlihat sesuatu yang mengerikan!

Orangutan yang berusia 3 tahun ini ditemui oleh seorang petani tempatan berdekatan ladang kelapa sawit di Borneo, Indonesia dalam keadaan ketakutan.

Ada yang berpendapat bahawa peningkatan dalam industri kelapa sawit mempunyai hubung kait dengan beberapa perkara seperti kehilangan habitat bagi haiwan, perubahan iklim, dan kekejaman terhadap binatang di banyak tempat di seluruh Asia.

Petani itu telah menamakan orangutan dengan nama Isin, dan membina sangkar kayu yang boleh menempatkannya serta dapat melindunginya.

Ibu orangutan itu walaubagaimanapun tidak dapat dijejaki dan tiada yang tahu apa yang berlaku kepadanya.


Kredit: ©YouTube Screenshot | International Animal Rescue IAR

Selepas dua minggu Isin ditemui, lelaki itu kemudian memanggil pihak berkuasa. Orangutan ini kelihatan agak keliru dengan apa yang berlaku apabila melihat penyelamat tiba.

Anak orangutan sebenarnya mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan ibu mereka dan lazimnya mereka akan bergantung sepenuhnya kepada ibu mereka selama dua tahun pertama. Orangutan akan tinggal bersama ibu mereka selama enam bulan hingga satu tahun.

Kehilangan ibunya mungkin lah perkara yang menakutkan buat anak orangutan ini!


Kredit: ©Facebook | International Animal Rescue

Lis Key, PR untuk Penyelamat Haiwan Antarabangsa (IAR), memberitahu The Dodo bahawa mereka percaya ibu Isin boleh mungkin telah dibunuh oleh penduduk kampung yang menganggap orangutan sebagai ancaman dan kemungkinan Isin telah menyaksikan sendiri kematian ibunya.


Kredit: ©Facebook | International Animal Rescue

Key berkata, “Terdapat banyak insiden yang berlaku sehingga membuatkan orang ramai bertindak balas ganas terhadap orangutan liar. Oleh sebab itulah sangat penting bagi pasukan kami untuk mendidik orang ramai dan mengajar mereka akan cara alternatif ketika berhadapan dengan spesies itu.”


Kredit: ©Facebook | International Animal Rescue

“Pengalaman ditangkap dan kemudian dimasukkan dalam sangkar kayu pasti meninggalkan kesan trauma terutama buat haiwan liar yang masih kecil dan telah kehilangan ibu. Dengan persekitaran yang sangat asing, penuh dengan pemandangan dan bunyi yang benar-benar pelik telah membuatkannya takut,” kata Key.


Kredit: ©Facebook | International Animal Rescue

Selepas mereka melepaskan Isin daripada sangkar itu, Isin kelihatan seprti kebingungan dan takut.


Kredit: ©Facebook | International Animal Rescue

Akhirnya, Isin dibebaskan. Dia diberi ubat penenang untuk membantunya supaya kekal tenang dan kemudian mereka memberinya tempat tidur beralaskan daun untuknya berbaring di dalam sebuah sangkar untuk dipindahkan.

Penduduk kampung dididik mengenai perlindungan hidupan liar dan mereka diberitahu bahawa adalah salah di sisi undang-undang jika ada yang mengambil atau mengurung orangutan sebagai haiwan peliharaan.


Kredit: ©Facebook | International Animal Rescue

Isin dibawa ke pusat pemulihan IAR, di mana dia ditempatkan bersama dengan 100 ekor orangutan lain yang berada di bawah jagaan mereka.

Key menambah: “Pasukan kami akan memastikan dia sihat sepanjang dia di dalam kuarantin dan kemudian dia akan memasuki program pemulihan di pusat kami.”


Kredit: ©Facebook | International Animal Rescue

Era Baru

Kategori:Asia Pesona VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...