Charly dilahirkan pekak dan ini adalah tindak balasnya apabila dipakaikan alat bantuan mendengar.

Ibunya, Christy Keane berkongsi video yang menyentuh perasaan itu di Instagram miliknya dengan kasyen, “Charly mendengar buat pertama kalinya dan mendengar saya mengucapkan ‘saya sayangkan awak’ buat pertama kali!!!”

Kelihatan bayi comel itu menahan tangisannya sama seperti ibunya.

Menurut Christy, dia bersyukur akhirnya bayinya itu dapat mendengar melalui alat bantuan mendengar.

Dia merasakan peluang untuk melakukan pengimplanan pendengaran begitu tinggi dan perkembangan untuk belajar bahasa terbuka luas untuk bayinya itu.

Saksikan video dibawah ini untuk melihat sendiri tindak balas Charly apabila mendengar buat pertama kali. Jangan lupa sediakan tisu kerana anda pasti mengalirkan air mata apabila melihatnya.

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds