Asia, NASIONAL

Rakyat Malaysia berkongsi bagaimana dia mendapat keuntungan 6 angka selepas memberi sumbangan RM200 tatkala dia sendiri kesempitan wang

Rakyat Malaysia berkongsi bagaimana dia mendapat keuntungan 6 angka selepas memberi sumbangan RM200 tatkala dia sendiri kesempitan wang

Seorang rakyat Malaysia, Hazwan Faiz telah berkongsi pengalaman berharganya di Facebook miliknya tentang bagaimana dia memperoleh keuntungan 6 angka selepas memberi sumbangan bernilai RM200 kepada makcik pencuci tandas.

Ceritanya itu kemudiannya menjadi tular di internet dan mendapat komen yang membangun daripada netizen.

Dia menulis: “Pada awal Oktober, saya pergi ke Sabah untuk menghadiri acara festival beli-belah sebagai penjual selama 2 hari. Namun sejak dari hari pertama saya telah menempuhi pelbagai rintangan seperti penerbangan ditunda, cuaca buruk dan keadaan trafik di Sabah sangat teruk.”

“Walau bagaimanapun, saya berasa lega apabila teringatkan pesanan dari kawan saya, iaitu jika berhadapan dengan situasi seperti ini jangan cepat mengeluh dan ingat Tuhan.”

“Pada malam itu, saya dan staf yang lain mula mengatur gerai di dewan pameran. Disebabkan cuaca sejuk daripada hujan, saya segera berlari ke tandas untuk membuang air.”

Ketika inilah Hazwan terserempak dengan makcik pencuci tandas yang berusia dalam lingkungan 40an dan anak lelakinya berusia 6 tahun di tandas. Mereka sekadar berbalas pandangan namun sebelum keluar dari tandas, Hazwan sempat menghulurkan sedikit wang kepada anak makcik tersebut untuk bekalan ke sekolah.

Pada keesokan harinya festival berlangsung dengan meriah sekali. Walau bagaimanapun Hazwan dan stafnya agak sugul kerana sasaran jualan mereka tidak tercapai.

Menurut Hazwan, perbezaannya begitu ketara sekali. Hazwan cuba menenangkan dirinya sendiri dan staf yang lain.

Dia berpesan kepada stafnya supaya bersabar dan percaya dengan rancangan Tuhan. Sepanjang festival itu berlangsung, Hazwan kerap ke tandas dan tetap bertembung dengan makcik pencuci tandas bersama dengan anaknya yang setia menunggu.

Akhirnya Hazwan dapat berbual dengan makcik tersebut. Menurut makcik tersebut, dia akan membasuh tandas dewan itu tidak kira ada acara atau tidak.

Manakala, gaji yang diperoleh pula hanyalah RM600 sahaja dan dia perlu menanggung 6 orang anak kesemuanya. Apa yang membuatkan Hazwan sedih dan terkesan dengan kisah pahit makcik itu ialah salah seorang anaknya telah meninggal dunia akibat tidak sempat untuk dibawa ke hospital.

Tambahan pula pada ketika itu dia terpaksa bekerja kerana tidak ada wang. Hazwan tidak berfikir panjang dan terus membuka dompetnya.

Dia melihat ada RM250 dan mahu memberikan kesemua wang itu kepada makcik tersebut. Tetapi memikirkan dia sendiri ada anak yang perlu diberi makan tambahan pula lokasi mesin ATM yang sangat jauh dan menyukarkannya untuk mengeluarkan duit pada waktu itu, dia hanya menghulurkan RM200 kepada makcik itu.

Makcik tersebut berasa terkejut dengan sumbangan itu dan terus berdoa supaya kebaikannya dibalas Tuhan.

Selepas tamatnya festival di Sabah, Hazwan dan stafnya memulakan jualan atas talian. Dalam hanya masa 4 hari sahaja dia menerima terlalu banyak tempahan daripada orang ramai.

Stafnya menjadi kelam-kabut dan berguni-guni beg pos laju mereka berikan kepada posmen.

Apa yang paling tidak disangka ialah dalam masa 4 hari itu, jualan yang dikutip mencecah 6 angka dan ia merupakan jumlah yang paling besar pernah diperoleh sepanjang mereka mengendalikan perniagaan atas talian.

“Saya teringatkan makcik pencuci tandas, mungkin doanya itu sudah dimakbulkan oleh Tuhan. Saya juga ingat pesanan dari mak mertua saya, katanya jika kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita.” kata Hazwan menutup bicaranya di Facebooknya itu.

Sungguh berkat sumbangan yang dihulurkan akan membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka. Orang kaya jika membuat sumbangan itu biasa.

Tetapi orang yang sedar dirinya sendiri berada dalam kesempitan wang tetapi masih mempunyai niat hati yang tulus ikhlas untuk membantu orang lain, pasti mendapat ganjaran yang berlipat ganda dari Tuhan.

Semoga kisah Hazwan ini membuka hati kita semua untuk melakukan sumbangan kepada orang lain. Ingat, dalam rezeki yang kita peroleh ada bahagian untuk orang lain juga.

Era Baru

Kategori:Asia NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...