Ia kelihatan klise tetapi memang benar ketawa adalah ubat yang paling mujarab untuk apa jua penyakit. Ini kerana, ketawa membantu melepaskan endorfin dan sekaligus mengurangkan hormon tekanan.

Autumn Moses terpaksa pergi ke Hospital Kanak-kanak Wolfson di Jacksonville, Florida, untuk merawat tekaknya tetapi saudara perempuan yang turut mengiringinya pula yang gelisah.

Doktor yang merawat Autumn sedar akan hal itu lalu dia mencari idea untuk menghilangkan kegelisahan yang jelas terpancar diwajah mereka.

Dr. Chima Matthew meletakkan telefon pintarnya di atas katil pesakit.

Selepas dia menghidupkan muzik, dia mula menari.

Ia tidak mengambil begitu lama masa untuk Autumn dan saudara perempuannya Winter dan Kristlynn untuk sama-sama menari dengan doktor itu.

Sangat jarang berlaku pengalaman yang menggembirakan di hospital dan kenyataan doktor ini telah meluangkan masanya untuk membuatkan gadis-gadis kecil ini tersenyum sangat istimewa.

Lihatlah aksi doktor yang melucukan itu, siapa pun pasti terhibur dan lupa seketika tentang sakit.

Ibu kepada anak-anak perempuan ini telah merakam aksi doktor tersebut dan berkongsi video itu di internet.

Rata-rata netizen sangat mengagumi doktor tersebut dan menggalakkan tindakan murni seperti ini terus dilakukan.

Sejak video ini dikongsi sendiri oleh Hospital Wolfson, ianya telah dilihat hampir 9 juta kali.

Tonton video di bawah untuk melihat keseronokan yang dibawa oleh Dr.Chima untuk pesakit kecilnya.

Era Baru

Share
Kategori: Benua Amerika Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds