Ekonomi, NASIONAL

RM500 bagi sekilo Musang King, Malaysia ambil peluang untuk eksport 4 tan Musang King ke China!

RM500 bagi sekilo Musang King, Malaysia ambil peluang untuk eksport 4 tan Musang King ke China!
Permintaan durian Musang King adalah begitu tinggi dan boleh mencecah sehingga RM500 bagi setiap kilogram! (Year of The Durian)

KUALA LUMPUR – Tahukah anda bahawa masyarakat di negara China mempunyai tarikan yang maksimum terhadap durian Musang King sehingga menyebabkan permintaan tinggi bagi raja kepada segala buah itu.

Malahan, permintaan terhadap durian Musang King adalah begitu tinggi dan boleh mencecah sehingga RM500 bagi setiap kilogram!

Lonjakan harga durian ini adalah disebabkan oleh kekurangan penawarannya yang juga memberi kesan kepada harganya untuk pasaran tempatan. Dahulu, Musang King boleh dijual pada harga RM10 sekilo tetapi kini, peminat tegar durian perlu membayar sehingga RM100 untuk menikmati isi buah yang penuh dengan rasa lemak manis ini.

Kredit: Year Of The Durian

Memandangkan warga China benar-benar menggilai durian sehingga sanggup membayar sejumlah wang yang besar, Malaysia kini sedang mengambil peluang emas tersebut dengan mengeksport empat tan durian Musang King ke sana!

Dalam satu laporan oleh Utusan Malaysia, Presiden Pertubuhan Koperasi Se-ASEAN (ACO), Abdul Fattah Abdullah menjelaskan bahawa ini merupakan pertama kali ACO akan memasarkan empat tan Musang King di Festival Raja Durian yang akan diadakan bermula 3 hingga 5 November ini di Nanning.

“Memandangkan durian mendapat tempat di hati masyarakat China, kita tidak harus melepaskan peluang emas ini dengan mengeksport buah tersebut dalam skala yang besar,” ujar Presiden ACO itu.

Tambah beliau, selain buah durian yang menjadi fokus utama, buah-buahan lain akan turut dipasarkan dalam Festival Raja Durian itu.

Kredit: KE Ooi/The Malay Mail Online

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Yang Berhormat Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek turut dilaporkan akan menghadiri majlis pembukaan festival tersebut bersama wakil dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Era Baru

 

Kategori:Ekonomi NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...