Mentadak merupakan sejenis serangga yang kecil dan banyak dijumpai di daun-daun yang menghijau.

Kebanyakkan serangga ini berwarna hijau dan disebabkan itu, agak sukar untuk melihatnya di daun. Hai! Takut tak dengan saya?

Baru-baru ini , seekor mentadak ceroboh perlawanan besbol di Tapak Besbol Florida, Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, mentadak kecil ini juga telah mengganggu beberapa pemain.

Nakal betul! Pada awalnya, mentadak ini dengan selamba panjat di atas topi seorang pemain besbol, Clan Hesley.

Sebelum itu juga, mentadak ini memanjat badan pemain ini.

Mungkin, Clan Hesley idola bagi si mentadak ini.

Kini, sayalah raja! Kemudian, mentadak tidak lansung menukar tempatnya. Dia selesa berada di samping beberapa pemain.

Ketika itu juga, seorang pemain besbol, Logan Morrison cuba berbaik-baik dengan si mentadak ini.

Mungkin, Logan ingin menjadikannya sebagai haiwan peliharaan.

Malangnya, mentadak ini tidak suka kepada Logan dan telah bertindak ganas dengan menyerangnya!

Logan jelas ketakutan kerana mentadak ini bertindak diluar jangkaan!

Mujur, si mentadak ini masih baik hati apabila hinggap ke tempat lain pula. Logan Morrison mendapat pengajaran yang amat besar dalam hidupnya.

Sekecil mana seseorang itu, mereka pasti mempunyai kekuatan tersendiri. Kepada anda, jangan main-main dengan mentadak ya!

Saksikan video yang melucukan dibawah.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds