Berita Hiburan, HIBURAN

“Benar, kami sangat akrab walaupun tidak terlalu lama kenal” – Iqbal tidak menafikan hubungannya dengan Dato Seri Vida begitu rapat tatkala netizen mempersoalkan hubungan mereka

“Benar, kami sangat akrab walaupun tidak terlalu lama kenal” – Iqbal tidak menafikan hubungannya dengan Dato Seri Vida begitu rapat tatkala netizen mempersoalkan hubungan mereka

Nama Ahmad Iqbal yang merupakan pembantu peribadi jutawan kosmetik tanah air itu disebut-sebut oleh netizen di media sosial apabila mereka mengandaikan dia dan Dato Seri Vida adalah pasangan kekasih.

“Benar, kami sangat akrab walaupun tidak terlalu lama kenal. Namun, soal hati dan perasaan itu dalam hati. Kita tidak boleh menafikan. Tidak pula cepat membuat keputusan.” jawab Iqbal tenang apabila disoal mengenai hubungan rapatnya dengan Dato Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman.

“Hidup kita bukanlah lama. Biarlah dicerca jika dengan cara itu mereka berasa tenang.” katanya lagi.

Iqbal yang berusia 23 tahun itu walau bagaimanapun menafikan bahawa beliau ingin mengambil kesempatan terhadap jutawan kosmetik itu.

“Tidak tahu bagaimana cara untuk luahkan bahawa kehadiran saya di sisi Datuk Seri Vida bukanlah kerana ingin mengambil kesempatan. Buat apa nak larikan hartanya kerana akhirnya kita mati jua.”

Kisah hangat itu akhirnya sampai ke pengetahuan ibu Iqbal sendiri iaitu Maznuni Che Yusof, 49 tahun. Beliau mengakui banyak menerima pertanyaan daripada rakan dan saudara-mara mengenai hubungan anak ketiganya dengan Dato Seri Vida.

Beliau yang tidak mudah mengambil pusing cakap-cakap orang berkata, “Saya tidak terkesan dengan cerita orang terhadap anak saya, sebab saya kenal Iqbal macam mana.”

Beliau juga menyatakan hubungan anaknya dengan Dato Seri Vida hanyalah sebagai seorang pekerja dengan majikan. Namun beliau juga tidak menghalang jika Dato Seri Vida ditakdirkan menjadi menantunya.

“Saya tidak akan menghalang jika ditakdirkan Datuk Seri Vida menjadi menantu. Soal jodoh adalah ketentuan Allah, yang penting menjaga amanah yang diberi Datuk Seri Vida. Saya tahu Iqbal anak yang baik, jika ada jodoh antara mereka adalah.”

Mengakhiri temu bualnya, Iqbal yang sudah setahun bekerja sebagai pembantu peribadi kepada usahawan itu menegaskan, “Saya pun fikir panjang, untuk keluarga dan terutamanya untuk kebahagiaan dia. Pihak keluarganya tidak menggalakkan kami berkahwin, bukan hanya dengan saya malah dengan mana-mana lelaki pun disebabkan serik tiga kali perceraian.”

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...