KESIHATAN, NASIONAL, Pendidikan

Akibat minum minuman berkarbonat setiap hari, remaja menghidap kencing manis sejak 5 tahun dahulu

Akibat minum minuman berkarbonat setiap hari, remaja menghidap kencing manis sejak 5 tahun dahulu

Baru-baru ini, sebuah laporan mengenai seorang remaja dari Melaka telah menarik perhatian rakyat Malaysia.

Status kesihatannya kini menjadi perhatian ramai apabila dia dikatakan menderita diabetes kronik sejak lima tahun yang lalu.

Mahathir Mohammad, 13, dikatakan telah mula minum minuman berkarbonat setiap hari sejak dia masih kecil. Kesihatannya semakin memburuk sehingga dia terpaksa berhenti sekolah bahkan tidak dapat menduduki ujian UPSR pada tahun lalu. “Saya suka minum minuman berkarbonat sejak saya masih kecil.

“Saya suka minum minuman berkarbonat sejak saya masih kecil. Terdapat sebuah kedai berhampiran rumah saya di mana saya akan beli minuman itu setiap hari. Bagaimanapun, saya tidak tahu ini akan berlaku kepada saya beberapa tahun kemudian,” kata Mahathir kepada Sinar Harian.

Kredit: Nuffield Dept of Primary Care

“Pada permulaan, saya hanya mengalami luka kecil di tapak kaki saya, tetapi kemudian, kaki saya semakin membengkak dan mengalami jangkitan. Ia kemudian mula bernanah dan  berbau.”

Ibu Mahathir, Zaliha Mohd Zabidi, 44 memberitahu bahawa ketika anak lelakinya berusia 12 tahun, kedua-dua kakinya hampir dipotong doktor untuk  mencegah jangkitan teruk daripada berlaku.

“Apabila doktor memberitahu kami tentang cadangan untuk memotong kakinya, saya tidak mahu melihat anak yang dilahirkan secara normal, kehilangan kakinya.”

“Saya kemudian mencari bantuan lain untuk membantu anak saya pulih. Syukurlah, saya menemui doktor lain yang berjaya merawatnya dengan betul, jadi kakinya tidak perlu dipotong. Kami masih membawa Mahathir bertemu dengan doktornya  untuk mendpaatkan rawatan susulan.”

Walaupun anaknya mampu mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan kakinya selamat, pergerakannya menjadi terhad sejak sekian lama dan hanya dapat merangkak perlahan-lahan di sekitar rumahnya.

Kredit: Sinar Harian

“Sekiranya kami mempunyai sebarang majlis di luar rumah, atau jika kami perlu membawanya ke klinik, dia memerlukan kerusi roda atau kasut khas,” kata ibunya setiap hari.

“Saya mahu Mahathir pulih sepenuhnya supaya dia boleh kembali ke sekolah dengan kawan-kawannya.”

Kesukaran kanak-kanak itu kemudian mendapat perhatian Amir Hamzah Aziz, pengarah pusat perkhidmatan Barisan Nasional dan adun daerah Serkam, Datuk Zaidi Atan.

“Kami berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Melaka (Maim), yang mendermakan kerusi roda kepada keluarga dan juga Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), yang membenarkan Mahathir menduduki peperiksaan UPSR pada tahun depan,” kata Amir Hamzah kepada Sinar Harian .

“Kini, keluarga ini sedang menunggu bantuan elaun OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta sumbangan kasut khas. Kami berharap organisasi-organisasi ini bekerjasama untuk membantu menjadikan kehidupan remaja ini lebih mudah,” tambahnya lagi.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...