GAYA HIDUP, KESIHATAN, Pendidikan

6 manfaat madu lebah yang perlu anda ketahui

6 manfaat madu lebah yang perlu anda ketahui

Secara amnya, madu lebah telah diamalkan pengambilannya oleh majoriti masyarakat di dunia sejak 2,500 tahun yang lalu. Kandungannya sudah terbukti mengandungi khasiat yang tinggi sehinggakan ia digunakan di dalam perubatan tradisional seperti Ayurveda.

Para saintis juga telah menjalankan kajian terhadap kaitan madu dengan perubatan moden, di mana ia dikatakan mampu memulihkan luka.

Di Jerman,ia dikenali sebagai Honig, Miele di Itali, Shahad di dalam bahasa Hindi, Miel di Perancis dan Sepanyol, Mel di Portugal, мед di Russia, Honing di Belanda, andμελι di Greece.

Pendek kata, tiada tempat di dunia yang tidak menggunakan madu di dalam diet seharian. Tetapi, apa yang menjadikannya begitu popular?

Ia begitu mudah dimakan. Ia boleh dimakan begitu sahaja ataupun dsapu pada roti untuk dimakan.

Campurkan bersama jus ataupun minuman tanpa perlu letakkan gula, ataupun boleh campurkan bersama air suam, jus limau mahupun minuman herba.

Untuk pengetahuan anda, madu berkeupayaan untuk menambah baik badan kita termasuklah menguatkan sistem imunisasi, memulihkan luka, mengelakkan jangkitan, melegakan keradangan di dalam sistem respiratori manusia, menyingkirkan batuk dan selsema, mengeimbangkan kandungan gula dalam darah dan meningkatkan stamina.

Hal ini kerana ia kaya dengan pelbagai mineral dan nutrien di dalamnya! Menurut pakar, pengambilan madu lebah (tidak kira menerusi kaedah rawatan tradisional mahupun moden) adalah sangat penting.

Hal ini disebabkan oleh beberapa fungsinya seperti :

1.    Boleh dijadikan pemanis minuman

Madu boleh menggantikan gula untuk kebanyakan makanan dan minuman. Ia mengandungi kira-kira 69% glukosa dan fraktosa membolehkan ianya digunakan sebagai pemanis – lebih baik daripada gula!

2.    Membantu mengurangkan berat badan

Walaupun ia mempunyai jumlah kalori yang banyak berbanding gula, ia dapat membantu proses pencernaan lemak yang tersimpan di dalam tubuh anda, lebih-lebih lagi apabila ia bercampur dengan air suam. Samalah juga dengan minuman jus ataupun herba yang dicampurkan dengan madu.

3.    Sumber tenaga

Menurut USDA, madu mengandungi 64 kalori untuk setiap sudu makan. Oleh itu, kebanyakan individu akan mengambilnya untuk membekalkan tenaga.

Sebaliknya, sesudu gula hanya memberikan anda 15 kalori sahaja. Hal ini menjadikan madu lebih mudah ditukarkan kepada glukosa kerana ia mudah dicernakan kerana ia merupakan bahan semula jadi.

4.    Sumber vitamin dan mineral

Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, bergantung kepada kuantiti dan jenis bunga yang menghasilkan madu itu. Amnya, madu mempunyai kandungan vitamin C, kalsium dan zat besi.

Jika anda memeriksa kandungan vitamin dan mineral pada gula, hampir tiada pun vitamin dan nutrien yang dinyatakan tadi.

5.    Anti-bakteria and Anti-kulat

Ia mengandungi elemen anti kepada bakteria dan kulat. Ia lazimnya digunakan sebagai antiseptik semula jadi di dalam perubatan tradisional.

6.    Antioksidan

Ia mengandungi nutraseutikal, yang sangat berkesan untuk menghilangkan radikal bebas daripada badan.

Akibatnya, imunisasi badan kita akan bertambah baik, bahkan mungkin dapat mengelakkan penyakit berbahaya seperti kanser atau penyakit jantung.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...