GAYA HIDUP, Idea Gajet, Keluarga

10 Petua paling efektif yang boleh anda lakukan di rumah; mudah, pantas dan berkesan, selamat mencuba!

10 Petua paling efektif yang boleh anda lakukan di rumah; mudah, pantas dan berkesan, selamat mencuba!

Bagi suri rumah khususnya pasti berhadapan dengan pelbagai masalah dan kesukaran dalam melakukan kerja-kerja rumah, sama ada membersihkan kotoran degil, mengekalkan kesegaran rumah atau mungkin dalam memastikan tanaman sentiasa subur.

Oleh itu, ramai yang muncul dengan pelbagai petua bagi memudahkan mereka melakukan kerja-kerja rumah. Ramai yang berpengalaman telah berkongsi cara dalam menjaga dan mengekalkan keadaan rumah yang diinginkan. Caranya mudah, pantas dan yang paling penting berkesan!

Lihat 10 petua di bawah, anda mungkin tidak tahu bahawa wujudnya petua-petua seperti ini yang boleh dilakukan di rumah. Apa tunggu lagi? Selamat mencuba!

#1 Kapur dapat menyerap bau

Gantung sebuah bungkusan kecil kapur di dalam almari anda, dan pakaian anda tidak lagi berbaudengan bau yang tidak menyenangkan. Kapur sangat berkesan untuk menyerap kelembapan dan bau.

#2 Penyedut minuman untuk jambangan bunga

Jambangan bunga akan kelihatan lebih menarik jika berdiri lurus dan tidak jatuh apabila digerakkan. Caranya mudah, letakkan bunga-bunga lembut itu ke dalam penyedut minum dan masalah itu selesai!

#3 Tuala untuk mempercepat pengeringan

Untuk membuat pakaian anda kering dengan lebih cepat, letakkan tuala kering di antara pakaian basah sebelum mengeringkannya di dalam mesin pengering.

#4 Khasiat kopi pada tanah

Untuk pencinta kopi di luar sana tahukah anda bahawa kopi boleh menjadi baja yang sangat baik? Tambahkan kopi dalam tanah tanaman anda dan anda dapat menghalau parasit!

#5 Pembersih solekan berkesan membersihkan kesan kotor

Losyen pembersih solekan (makeup remover) boleh sahaja boleh membersihkan wajah daripada solekan tetapi boleh juga membersihkan kotoran pada pakaian anda. Ia boleh membantu anda membersihkan gincu, foundation dan kesan maskara. Sekiranya anda menggunakan pewarna rambut di rumah, produk ini boleh membersihkan kulit anda yang terkena pewarna rambut.

#6 Perapi rambut untuk mencuci berus


Tambah beberapa perapi ke dalam air, bilas berus di dalamnya, dan biarkannya kering secara semula jadi. Berus akan menjadi lebih lembut.

#7 Teh hijau untuk tumbuh-tumbuhan

Rumusan teh hijau boleh digunakan untuk menyiram tumbuhan setiap 4 minggu. 2 atau 3 uncang teh cukup untuk 10 liter air sudah mencukupi untuk menyiram tanaman anda.

 #8 Pelembab bibir sembuhkan luka

Jika anda terluka pada jari atau kulit anda boleh gunakan pelembap bibir untuk menghentikan pendarahan dengan cepat serta dapat menutup luka.

#9 Kertas dapat menyerap bau

Bekas makanan plastik mempunyai liang adakalanya sering menyimpan bau walaupun telah dicuci. Simpan gumpalan surat khabar di dalamnya agar dapat menyerap bau tersebut. Basuh bekas semula sebelum digunakan.

#10 WD-40 dapat membersihkan kotoran pada kayu

Jangan risau jika ada bekas kotoran kopi atau teh di mana-mana permukaan kayu. Kini anda boleh menghapusnya dengan kain yang dilembabkan dengan WD-40. Idea yang bijak!

Kredit gambar:  depositphotos

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...