Asia, KESIHATAN

Disangkakan kandungannya bayi perempuan, pasangan ini melakukan pengguguran dan menyesal seumur hidup kerana disahkan mandul

Disangkakan kandungannya bayi perempuan, pasangan ini melakukan pengguguran dan menyesal seumur hidup kerana disahkan mandul

Pengguguran bayi adalah dilarang dalam semua agama. Ianya merupakan satu isu yang penuh kontroversi di seluruh dunia sehinggakan individu boleh dikenakan hukuman berat atas kesalahan pembunuhan tersebut.

Walau bagaimanapun, masih terdapat ramai individu tidak bertanggungjawab yang menggugurkan bayi mereka sama ada melalui kaedah tradisional ataupun melalui bantuan doktor.

Selain pengguguran bayi yang dilakukan secara sengaja, terdapat juga isu berkaitan pembuangan bayi yang jumlah kesnya semakin meningkat saban tahun.

Di China misalnya, satu pasangan suami isteri mengalami nasib buruk setelah bertindak menggugurkan bayi mereka atas alasan yang sangat tidak munasabah.

Kredit: Odyssey Online

Pasangan yang berasal dari daerah Zhejiang ini dikatakan telah mempunyai dua anak perempuan dan mereka sangat berharap agar bayi di dalam kandungan mereka merupakan anak lelaki.

Memandangkan kerajaan China telah melaksanakan sekatan kepada para doktor untuk mendedahkan jantina bayi kepada ibu bapa, pasangan ini bertindak berkunjung ke sebuah klinik tidak berdaftar bagi memeriksa jantina bayi berkenaan.

Mereka telah menemui sebuah klinik yang mendakwa mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang perubatan.

Kredit: Chinapress

Lantaran itu, pasangan tersebut telah melawat klinik berkenaan dan selepas menjalani ujian imbasan, doktor tersebut mengesahkan bahawa bayi di dalam kandungan si isteri adalah bayi perempuan.

Kredit: the Independent

Kecewa dengan berita tersebut, mereka memutuskan untuk menggugurkan bayi mereka yang berusia empat bulan dengan bayaran berjumlah RM320.

Akan tetapi, setelah proses pengguguran berjaya dilakukan, pasangan ini mendapati kandungan mereka merupakan bayi lelaki dan ianya bertentangan dengan dakwaan doktor berkenaan.

Bukan sahaja itu, disebabkan oleh kaedah pengguguran yang tidak tepat dijalankan, si isteri menderita kerosakan organ dan dilaporkan tidak boleh mengandung lagi.

Kredit: Daily Mail

Aduh, kasihan dan malang sungguh nasib mereka!

Berang dengan hasil keputusan klinik tidak berdaftar berkenaan, mereka telah pergi semula ke klinik tersebut untuk berhadapan dengan mereka namun sebaik sahaja melihat pasangan ini, semua pekerja termasuk doktor melarikan diri menerusi pintu belakang.

Mereka akhirnya melaporkan kes ini kepada pihak polis untuk disiasat. Semoga insiden ini menjadi pedoman buat semua individu supaya tidak mempercayai klinik yang beroperasi secara haram.

Era Baru

Kategori:Asia KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...