Benua Amerika, INSPIRASI, VIDEO

Lelaki ini dipancut kencing oleh seekor anjing. Keesokan harinya, dia mencari semula anjing tersebut untuk melakukan sesuatu

Lelaki ini dipancut kencing oleh seekor anjing. Keesokan harinya, dia mencari semula anjing tersebut untuk melakukan sesuatu

Jarang kita dengar insiden seperti haiwan jalanan kencing pada badan kita. Tetapi perkara ini terjadi kepada Heinze Sanchez, 27 tahun di Rio de Janeiro.

Menyangkakan Heinze sebagai pili bomba, seekor anjing jalanan telah memancutkan air kencing ke belakang badannya semasa dia sedang duduk di tepi jalan.

Bagi kebanyakan individu, sekiranya perkara seperti ini terjadi kepada anda, apa yang akan anda lakukan? Marah pada haiwan tersebut?

Atau hanya melupakan kejadian malang itu dan pulang ke rumah untuk membersihkan diri?

Tetapi tidak bagi Heinze.

Anda tahu apa yang dia lakukan?

Dia telah datang semula ke kawasan tersebut pada keesokan harinya untuk mencari anjing tersebut.

“Saya mencarinya di sekitar kawasan tersebut untuk mengetahui sama ada dia dipelihara seseorang. Sebaik sahaja saya menemuinya, saya memanggil anjing itu dan ia datang kepada saya sambil menggoyangkan ekornya,” kata Heinze.

Tambah Heinze, dia memutuskan untuk membawa anjing tersebut pulang ke rumahnya.

“Ia adalah seekor anjing yang sangat jinak dan patuh arahan. Ia sentiasa berkepit dengan saya dan menangis apabila saya perlu meninggalkan rumah. Walaupun ia sering menyepahkan rumah tetapi ia tetap seekor anjing yang baik”.

Walaupun ramai netizen yang mengkritik tindakan Heinze kerana cuba untuk menyepak anjing tersebut setelah insiden dikencing itu, Heinze menegaskan bahawa ianya adalah reaksi spontan dan dia tidak mempunyai sebarang niat untuk mencederakan anjing tersebut.

“Saya tarik semula kaki saya. Kemudian datang seekor anak anjing lain dan saya bertanya kepadanya, ‘Awak nampak apa yang kawan awak lakukan pada saya?’ “.

Heinze mengambil keputusan untuk menamakan anjing tersebut sebagai Enzo.

Menurutnya, dia sentiasa menyimpan nama Enzo untuk diberikan kepada anaknya suatu hari nanti. Kini, Enzo ada bersamanya, diberi makan yang cukup dan dibersihkan.

Mungkin Enzo tahu bahawa Heinze adalah seorang insan yang baik hati dan tidak akan mencederakannya. Walau apa pun yang telah berlaku, pengalaman dikencing oleh Enzo pastinya menjadi satu pengalaman yang indah sepanjang hidup mereka bersama selepas ini.

Sejujurnya apakah reaksi dan tindakan anda sekiranya perkara yang sama terjadi kepada anda? Beritahu kami di ruangan komen.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...