Berita Sains & Teknologi, Galeri Foto, GLOBAL, SAINS & TEKNOLOGI

Perihal bumi…anda hebat jika anda tahu 10 perkara ini!

Perihal bumi…anda hebat jika anda tahu 10 perkara ini!

Kita mungkin menyangka yang kita mengetahui segalanya tentang planet yang kita diami ini, namun ada ketikanya kita tersilap. Pakar sains telah menemui banyak perkara tentang bumi tetapi mereka percaya banyak lagi perihal yang belum diterokai.

Baru-baru ini, terdapat beberapa fakta baharu yang telah mendapat pengesahan saintifik dikemukakan tentang bumi. Kami berkongsi bersama anda agar anda dapat membuat penilaian sendiri sejauh mana pengetahuan anda tentang planet ini.

#1. Gunung Everest BUKAN gunung tertinggi di dunia.

Kredit: © wikipedia   © momo/flickr  

Hawaiian Mauna Kea ialah sebuah gunung berapi aktif yang berada pada altitud 4,205 m di atas paras laut. Walaupun begitu, sebahagian besar dasar gunung berapi terbentuk di bawah paras laut.

Jika ukuran ketinggian mencakupi dasar sehingga ke puncak gunung, Hawaiian Mauna Kea mempunyai jumlah ketinggian keseluruhan 10,203 m, iaitu 1,355 m lebih tinggi daripada Gunung Everest.

#2. Atmosfera bumi mempunyai batasan.

Kredit: © nasa  

Garis Kármán merupakan garisan yang terletak pada altitud 100 km di atas paras laut.

Walaupun paras atmosfera bumi berakhir lebih jauh daripada itu, garisan ini telah mendapat pengiktirafan oleh The World Air Sports Federation dan diterima diseluruh dunia sebagai sempadan di antara atmosfera dengan ruang angkasa lepas.

#3. Lokasi terkering di bumi  terletak di Antartika.

Kredit: © Pierre Roudier/flickr 

Umum mengetahui bahawa kawasan terkering di muka bumi ialah Padang Pasir Atacama yang terletak di Chile. Padang pasir tersebut berhenti dibasahi hujan sejak ribuan tahun yang lepas.

Namun, Lembah Kering McMurdo di Antartika tidak menerima hujan lebih lama daripada itu iaitu sejak 2 juta tahun yang lalu. Kelajuan angin di sini juga tinggi sehingga boleh mencecah 320 km sejam.

#4. Air tawar merangkumi hanya 3% daripada keseluruhan air di bumi.

Kredit: © wikipedia  

Daripada sejumlah air yang terdapat di atas muka bumi, 97% ialah air laut. Akan tetapi air masin tidak sesuai untuk diminum.

Hanya 3% air tawar yang terdapat di atas permukaan bumi termasuk yang sejuk beku di dalam glasier dan salji, serta beberapa tasik air tawar seperti Tasik Baikal di Rusia dan Tasik-tasik Besar Afrika.

#5. Kuil tertua di dunia berusia 12,000 tahun.

Kredit: © wikipedia  

Terletak di bahagian selatan Turki, Göbekli Tepe merupakan kuil yang tertua di dunia. Para penyelidik percaya bahawa ukiran yang terdapat pada tiang membuktikan sekitar 11,000 tahun yang lampau serangan komet telah menyebabkan suhu bumi jatuh serta-merta.

#6. Bulan pernah menjadi sebahagian dari bumi.

Kredit: © Bernd Thaller/flickr  

Pakar sains dari Sweden berpendapat kira-kira 4.36 bilion tahun yang lalu, planet bumi telah bertembung dengan sebuah objek yang digelar Theia, iaitu secara hipotesisnya merupakan jisim gerakan planet yang membentuk satu-satunya satelit kekal secara semula jadi.

#7. Semua benua akan bersatu dalam 250 tahun akan datang.

Kredit: © wikimedia  

Seperti yang kita tahu, Pangea merupakan sebuah benua mega yang wujud sekitar 335-175 tahun yang lampau. Ia kemudiannya terbelah dua membentuk benua Laurasia dan Gondwana sebelum kedua-dua benua ini terpecah lagi dan membentuk 7 buah benua kesemuanya.

Namun pakar sains percaya bahawa benua-benua ini akan kembali bersatu dalam 250-300 juta tahun akan datang dan membentuk semula sebuah benua mega yang dipanggil Pangaea Ultima.

#8. Kebanyakan permukaan bumi berada dalam kegelapan.

Kredit: © wikimedia  

Lautan menyelaputi 71% permukaan bumi. Cahaya matahari pula hanya boleh menembusi kedalaman air sejauh 200 m menjadikan sebahagian besar kawasan perairan gelap gelita.

Ini bermakna, sebahagian besar planet bumi juga bergelap tanpa mengira masa.

#9. Negara berjiran berbeza masa melebihi 24 jam.

Kredit: © wikipedia   © wikimedia  

American Samoa hanya terletak sejauh 2,000km dari Kepulauan Line yang membentuk sebahagian Kiribati. Akan tetapi perbezaan masa di antara 2 negara berjiran ini ialah 25 jam.

#10. Pembentukan benua baharu?

Kredit: © depositphotos  

Tampalan atau pusaran sampah-sarap adalah tompokan serpihan dan muatan kapal yang hilang dan terkumpul di tengah lautan. Terdapat kemungkinan bahawa kesemua sampah yang di buang manusia ke dalam lautan akan terkumpul dan membentuk sebuah pulau, malah tidak mustahil jika ianya juga mampu membentuk sebuah benua baharu.

Buat masa ini, Great Pacific Garbage Patch yang terletak di Lautan Pasifik Utara merupakan pusaran sampah-sarap terbesar di lautan.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...