GAYA HIDUP, KESIHATAN

Ketahui bagaimana khasiat bawang putih yang dapat menjauhi pelbagai penyakit ini, apabila anda memakannya setiap hari dengan perut yang kosong!

Ketahui bagaimana khasiat bawang putih yang dapat menjauhi pelbagai penyakit ini, apabila anda memakannya setiap hari dengan perut yang kosong!

Terdapat pelbagai cara semulajadi dalam menyembuhkan pelbagai penyakit dengan menggunakan resepi dari rumah.

Walaupun pada masa kini perubatan moden lebih menguasai, namun tidak dinafikan sumber penyembuh penyakit secara semulajadi masih menjadi pilihan.

Ramai orang masih mempercayai bahawa bawang putih dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit apabila seseorang itu mengambilnya dalam keadaan perut yang kosong. Selain itu, terdapat pelbagai khasiat bawang putih yang masih tidak diketahui dan disedari oleh kita semua.

Bawang putih merupakan sumber antibiotik semulajadi yang sangat berkesan dalam memberi manfaat kesihatan yang besar kepada tubuh badan apabila kita memakannya dalam keadaan perut yang kosong.

Kredit: Instagram

Ia merupakan sumber antibiotik yang amat berkuasa kerana apabila seseorang itu mengambilnya sebelum bersarapan, bakteria yang terdedah tidak akan dapat mempertahankan dirinya dari kuasa bawang putih yang bersifat penghalang dan pembasmi.

Ramai pesakit yang mengidap tekanan darah tinggi mendapati pengambilan bawang putih dapat mengurangkan simptom dari penyakit itu.

Kredit: Instagram

Selain dari itu, bawang putih dapat mencegah masalah jantung dan membantu fungsi hati dan pundi kencing yang lebih lancar. Ia juga berkesan dalam meredakan penyakit berkaitan perut seperti cirit-birit.

Dengan memakan bawang putih dalam keadaan perut yang kosong, ia membantu melawan masalah berkaitan saraf. Bawang putih juga boleh mengawal tahap tekanan dan rembesan asid di dalam perut apabila kita berasa gementar.

Pakar kesihatan mempercayai bahawa kekuatan bawang putih yang sangat berkuasa sehingga boleh menghalang dan memusnahkan parasit dan cacing di dalam badan. Ia juga dapat membasmi penyakit seperti tifus, kencing manis, kemurungan dan beberapa penyakit kanser.

Walaupun mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan, bagi mereka yang mempunyai alahan kepada bawang putih patut menjauhi dari memakan bawang putih secara mentah.

Kredit: Instagram

Apabila merasa suhu badan meningkat, perubahan pada kulit dan sakit kepala, pengambilan bawang putih mesti dihentikan segera.

Juga, bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan berkaitan HIV dan AIDS , mereka perlu berhati-hati apabila memakan bawang putih kerana telah dibuktikan yang pengambilan bawang putih boleh memudaratkan kesihatan pesakit ini.

Namun apa yang hebat dengan khasiat bawang putih ialah apabila ia dapat membasmi dan menyembuhkan penyakit berkaitan pernafasan seperti batuk kering, paru-paru berair, katar, bronkitis, katar bronkial yang kronik, kesesakan paru-paru, asma dan batuk.

Bagi penyakit batuk kering, pengambilan bawang putih perlu diambil dengan cara yang berikut.

Pertama, ambil sesisir bawang putih dan bahagikan pengambilannya dalam sehari. Adalah lebih berkesan apabila memakannya mentah atau membakar sedikit sehingga warna keperangan di dalam ketuhar.

Kedua, anda boleh menjadikan bawang putih ini sebagai sos dengan mencampurkan kuning telur dan sedikit minyak zaitun.

Apabila anda mengalami sembelit dan buasir, didihkan air dengan beberapa ulas bawang putih dan letakkan air rebusan di dalam bekas yang membolehkan anda bernafas dan menghidu dengan wapnya.

Kaedah penyembuhan penyakit secara semulajadi ini amat mudah dan telah diamalkan secara tradisional sejak zaman-berzaman. Telah terbukti bahawa bawang putih merupakan satu remedi semulajadi yang memberi khasiat dan faedah kesihatan yang hebat.

Ramai yang bersetuju apabila mengatakan bawang putih itu adalah agen penyembuh yang menakjubkan.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...