Galeri Foto, GAYA HIDUP, Pendidikan

Hidangan tengah hari di sekolah mengikut negara

Hidangan tengah hari di sekolah mengikut negara

Setiap negara mempunyai standard hidangan sekolah masing-masing. Sesetengah sekolah menyediakan hidangan yang mudah dan senang untuk dimakan ketika rehat, dan ada pula yang memasak untuk pelajar-pelajar mereka.

Hidangan popular yang menjadi pilihan adalah kentang, nasi dan salad kobis. Terdapat juga susu bagi menggantikan jus buah-buahan. Jadi, inilah makanan yang menjadi hidangan waktu rehat pelajar di dunia mengikut negara masing-masing.

Korea Selatan

Sistem penyediaan makanan pelajar di Korea Selatan adalah yang terbaik di dunia. Bahagian besar pada dulang makanan adalah sup dan nasi. Bahagian kecil pula adalah salad, makanan laut, sayuran dan buah-buahan.

Pelajar yang kurus akan diberikan minyak ikan mengikut sukatan. Hidangan popular adalah kimchi, nasi bersama daun bijan dan sos madu, sup kentang bersama labu, pancake, sotong berlada, dan salad timun dan lobak merah.

Jepun

Sekolah di Jepun menyediakan hidangan yang hampir sama seperti di Korea Selatan iaitu: sup panas, nasi, ayam atau ikan, salad, dan susu. Para pelajar tidak dibenarkan untuk membawa makanan sendiri sehinggalah mereka bersekolah di sekolah menengah. Tiada mesin layan diri dan kantin di sekolah. Mereka menjamu hidangan mereka di kelas.

United Kingdom

Kentang goreng, lobak merah, nasi, bubur, salad, buah-buahan dan waffle bercoklat. Oleh kerana masalah sekatan bajet, maka lazimnya makanan segera selalu disediakan. Pelajar pula amat menyukainya dan ianya juga jauh lebih murah.

USA

Inilah hidangan sekolah di Virginia. Buah pic, jagung, piza dan salad. Hidangan di US berbeza mengikut sekolah. Kebanyakannya menyediakan makanan segera seperti nugget, kentang goreng dan burger. Ibu bapa juga ada membekalkan anak-anak mereka makanan ke sekolah.

Turki

Inilah hidangan yang disediakan untuk makanan tengah hari. Roti, kacang walnut, anggur, epal, delima dan kefir (susu yang ditapai). Makanan-makanan ini membantu untuk meningkatkan kecerdasan minda.

Itali

Ikan bersama arugula, pasta dengan sos tomato, salad caprese, baguette dan sedikit anggur.

Perancis

Hidangan ini disediakan di sekolah sekitar kawasan Barat Perancis. Ikan, bayam, kentang, keju dan roti. Ia merupakan makanan utama di sekolah. waktu rehat pula lazimnya selama sejam hingga dua jam. Pelajar juga dibenarkan untuk pulang sewaktu rehat.

Finland

Setiap pelajar diberikan snek semasa kelas pagi dan petang. Kepelbagaian makanan membolehkan setiap pelajar memilih sendiri menu yang mereka inginkan. Setiap sekolah juga menyediakan hidangan mengikut keperluan diet kanak-kanak – isu kesihatan dan agama. Gambar menunjukkan: bebola daging bersama sos, kentang, salad dan muesli (bijirin).

Russia

Di Russia, pelajar boleh menikmati sarapan percuma bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari. Waktu makan tengah hari pula sekitar pukul 12 tengah hari dan ianya berbayar. Tidak pastilah sama ada hidangan pada gambar ini untuk sarapan ataupun makan tengah hari. Menurut gambar, makanan berkenaan adalah sosej, bubur bijirin dan teh.

Hungary

Pelajar sekolah di negara ini diberikan hidangan tengah hari seperti mi sup, kacang panggang bersama ayam dan kekacang untuk pencuci mulut.

Greece

Ayam panggang bersama pasta orzo, dolma (pucuk anggur), salad timun dan tomato, buah oren, dan yogurt Greek bersama biji delima.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...