Automobil, Keluarga, Kerjaya

Daripada SUV menjadi dapur bergerak; idea bijak selebriti chef terkenal Jamie Oliver curi tumpuan ramai

Daripada SUV menjadi dapur bergerak; idea bijak selebriti chef terkenal Jamie Oliver curi tumpuan ramai

Siapa yang tidak kenal dengan Jamie Oliver, selebriti chef dari Britain yang terkenal dengan rancangan televisyennya “The Naked Chef”? Dia juga menegaskan bahawa bahawa keluarganya akan makan daripada hasil air tangannya sendiri.

Dia akan memastikan bahawa keluarganya dapat menikmati makanan kegemaran mereka walaupun ketika mereka sedang melakukan perjalanan.

Jadi, dia telah membuat pengubahsuaian SUVnya menjadi dapur bergerak!

Oliver yang memiliki kereta pacuan empat roda berjenama Land Rover Discovery itu memutuskan untuk melengkapkan keretanya dengan bahan-bahan masakan yang diperlukan seperti yang ada di rumah.

Nampaknya, anak-anaknya tidak akan makan selain daripada yang dimasak oleh ayah mereka.

Sesuai dengan keperluan keluarganya, Jamie memiliki kenderaannya yang boleh diubah menjadi dapur yang berfungsi sepenuhnya, walaupun lebih kecil daripada dapur sebenar yang ada di rumahnya.

Pada mulanya ia adalah SUV yang biasa, sama seperti yang lain.

Kemudian, ia dilengkapi dengan gas, tempat untuk memotong bahan-bahan masakan, pembuat pasta dan juga meja makan di mana setiap orang boleh duduk untuk manikmati masakan.

Kereta ini juga dilengkapi dengan slow cooker.

Bukan sekadar enak, tetapi dapat menjimatkan wang daripda membayar bil restoran mereka sekeluarga.

Chef itu tidak akan melakukan perjalanan tanpa membawa ramuan pilihannya sendiri. Rumah mewahnya juga dilengkapi dengan taman herbanya sendiri dan rak rempah ratus dengan tingkap belakang.

Kari, oregano, rosemary … semuanya ada!

Dan jika dia perlu membuat mentega sendiri, tiga roda SUVnya akan melakukan kerja-kerja itu dengan mudah. Dan roda keempat?

Ia boleh membuat ais krim!

Kerana anak-anak sudah tentu suka akannya!

Dan sekiranya salah satu daripada anak kecilnya inginkan snek di tengah-tengah perjalanan, dia juga boleh membuat roti bakar dengan  cepat dengan peralatan yang tersedia di dalam kereta itu.

Suda tentu dengan jem kegemarannya!

Kereta Land Rover itu pada mulanya hanya berharga sekitar RM 246,360.40 semasa dia mula-mula membelinya. Untuk mengubahnya menjadi dapur bergera, dia mencabar Jaguar Land Rover untuk mengubah SUV kepada spesifikasinya.

Sebanyak RM 112,091,029.05 telah dibelanjakan untuk mengubah suai kereta itu menjadi “Wheels on Meals” yang canggih.

Jamie dan dapur bergeraknya yang sangat mahal.

Keretanya itu juga telah disesuaikan dengan keperluan makanan buat keluarganya termasuk alatan seperti rotisserie yang dipasang di bahagian hadapan yang dapat menampung sehingga ekor tiga ayam.

Mahu makanan panggang? Tiada masalah!

Dia juga mempunyai sinki aluminium yang dibuat khas, barbeku, garam dan lada yang terbina dalam, dan juga TV skrin rata supaya anak-anaknya dapat menonton sementara ayah mereka sedang menyediakan makanan kegemaran mereka sekeluarga.

Meletakkan garam dalam masakannya!

SUV “Meals-on-Wheels” Chef Jamie merupakan sebuah kejayaan besar bagi bahagian Operasi Kenderaan Khas Jaguar Land Rover. Mereka menjangkakan pelanggan akan mula menempah kenderaan mereka untuk disesuaikan dengan gaya hidup mereka.

Sementara itu, Jamie Oliver dan keluarganya boleh menikmati makan besar di mana sahaja yang mereka pergi!

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...