Berita Hiburan, HIBURAN

Setelah 11 tahun penantian, kini Datuk Siti Nurhaliza hamil empat bulan! Tahniah!

Setelah 11 tahun penantian, kini Datuk Siti Nurhaliza hamil empat bulan! Tahniah!

Penyanyi wanita tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza telah mengumumkan berita gembira pad 13 Oktober menerusi sebuah sidang media bahawa beliau kini sedang hamil empat bulan.

Kehamilan sulung ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh Datuk Siti dan suaminya setelah 11 tahun menanti dengan penuh harapan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para peminat atas doa mereka.

Di dalam sidang media tersebut, Datuk Siti mengumumkan bahawa beliau telah memilih untuk berehat daripada memenuhi undangan konsert, persembahan, kemunculan di televisyen dan radio, serta menjadi jurucakap kepada pelbagai produk. Hal ini diputuskan untuk memberi sepenuh keutamaan kepada kandungannya.

Datuk Siti turut meminta agar pihak-pihak berkenaan memahami akan fokusnya yang kini tertumpu terhadap kandungan beliau.

Alhamdulillah, moga Allah mempermudahkan segalanya dan saya bersyukur segalanya berjalan lancar pada malam ini. Terima kasih di atas doa-doa anda selama ini dan Alhamdulillah, Dimakbulkan Allah pada tahun ke 11 perkahwinan kami. Ini adalah sebahagian daripada petikan kenyataan saya. PERTAMANYA, SETELAH MELALUI FASA DAN TEMPOH TERTENTU, SAYA DAN SUAMI MENCAPAI KATA SEPAKAT UNTUK MENGUMUMKAN KEPADA ANDA SEMUA BAHAWA SAYA SEDANG HAMIL EMPAT BULAN. ALHAMDULILLAH, TIADA KATA YANG DAPAT MENGGAMBARKAN RASA SYUKUR DAN GEMBIRANYA KERANA ALLAH MEMBERIKAN KURNIAAN YANG TERLALU AGUNG INI SELEPAS 11 TAHUN KAMI BERSABAR. INILAH JUGA MENJADI SEBAB UTAMA KENAPA SAYA MEMILIH UNTUK BEREHAT KERANA KANDUNGAN DAN BAYI INI MENJADI KEUTAMAAN SAYA. 2. TUJUAN SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN DAN PENJELASAN INI JUGA ADALAH SUPAYA PIHAK YANG BERURUSAN DENGAN PENGURUSAN SAYA, SNP MEMAHAMI KEADAAN SAYA YANG TIDAK DAPAT MEMENUHI SEBARANG UNDANGAN SEJAK BEBERAPA BULAN LALU DAN JUGA UNTUK SUATU TEMPOH PADA MASA DEPAN. SUKA UNTUK SAYA KONGSI RASA SYUKUR DAN GEMBIRA KERANA SAYA MASIH DIBERI MENERIMA UNDANGAN UNTUK MENGADAKAN KONSERT, PERSEMBAHAN, KEMUNCULAN DI TELEVISYEN DAN RADIO SERTA MENJADI JURUCAKAP KEPADA PELBAGAI PRODUK. SAYANG SEKALI, KEBANYAKANNYA TIDAK DAPAT SAYA PENUHI. BAGAIMANAPUN, SAYA JUGA HARUS MELUNASKAN BEBERAPA TUGASAN JUGA SELEPAS INI YANG BERSESUAIAN DENGAN KEADAAN SAYA. 3. SEMOGA DENGAN PENJELASAN SAYA INI, SEGALA TANDA TANYA DAN DESAS DESUS SELAMA INI, TELAH TERJAWAB KERANA SAYA MEMUTUSKAN UNTUK BEREHAT DISEBABKAN OLEH KEHAMILAN SULUNG INI.

Siti Nurhaliza Tarudin(@ctdk)分享的貼文 於 張貼

Tahniah, Datuk Siti! Tentu peminat-peminat Datuk Siti teruja dengan berita gembira ini, kan?

Anda boleh saksikan sidang media tersebut menerusi video di bawah:

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...