INSPIRASI, VIDEO

Tidak patut! Ini yang dilakukan seorang wanita setelah anaknya memintanya untuk membawanya ke tandas, anda pasti marah melihat kelakuannya!

Tidak patut! Ini yang dilakukan seorang wanita setelah anaknya memintanya untuk membawanya ke tandas, anda pasti marah melihat kelakuannya!

Bukankah manusia seharusnya menjadi contoh terbaik? Menjadi insan yang kaya dengan budi bahasa, kesopanan dan penuh dengan adab dan tertib? Namun tidak semua orang mampu melakukannya. Lagi menyedihkan apabila sesetengah individu tidak boleh memberikan contoh yang baik kepada ahli keluarga yang lain. Jika bukan kita yang menunjukkan contoh teladan yang baik siapa lagi yang bertanggungjawab melakukannya?

Mengetahui apa yang dilakukan oleh wanita ini pasti akan membuatkan anda marah. Anda semestinya tidak sangka ini yang dilakukan oleh seorang wanita yang merupakan seorang ibu kepada anaknya di sebuah restoran.

Menurut sebuah video yang viral di laman web Weibo baru-baru ini menunjukkan seorang ibu dari Beijing, China  yang membiarkan anaknya melakukan sesuatu yang sangat menjijikkan. Kedua-dua mereka, ibu dan anak lelakinya itu dilihat sedang berada di restoran ketika itu.

Kanak-kanak lelaki itu kemudian memberitahu ibunya bahawa dia perlu ke tandas. Apa yang sangat mengejutkan ibunya tidak membawanya ke tandas bahkan menyuruhnya untuk membuang air kecilnya ke dalam mangkuk sup yang telah kosong. Wanita itu kemudian meneruskan ‘aktiviti’ bermain dengan telefon bimbitnya.

Sumber: Cari

Apabila seseorang melihat akan kelakuannya yang keterlaluan itu, dia dinasihati tetapi dia kemudian dengan beraninya menjawab, “Tidak mengapa kerana restoran itu akan mencuci pinggan dan mangkuk!”

Selepas mereka pergi, salah seorang pekerja restoran yang telah bekerja di sana lebih dari 10 tahun berkata bahawa itu adalah kali pertama mereka mengalami masalah seperti itu.

Mereka juga mengatakan bahawa untuk menangani masalah ini, mereka memutuskan untuk membuang semua pekakas makan yang digunakan oleh ibu dan anak itu.

Menurut mereka lagi mereka tidak faham mengapa wanita itu tidak membawa anaknya ke tandas. Restoran itu bahkan telah menyediakan kemudahan bilik air di setiap tingkat untuk kemudahan para pelanggan.

Netizens yang melihat akan video itu sangat marah akan sikap tidak bertanggungjawab ibu itu dan mengkritiknya. Ada yang mengatakan bahawa wanita itu harus disenaraihitamkan daripada masuk ke mana-mana restoran. Oleh kerana orang sepertinya ada restoran yang tidak membenarkan anak-anak ke restoran mereka lagi.

Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku. Tidak kiralah anda berada di mana, dengan siapa tetap ada adab dan moral yang harus dipatuhi. Setiap yang kita lakukan adalah cerminan peribadi kepada diri. Jika buruk kelakuan maka secara tidak langsung ia akan menunjukkan imej kita yang buruk.

Buat ibu bapa di luar sana, sedarlah bahawa setiap tingkah laku yang anda tunjukkan akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Anda adalah contoh terdekat buat anak-anak. Mengapa tidak tunjukkan contoh yang baik supaya mereka kelak akan terdidik dengan kebaikan yang anda tunjukkan?

Tontonlah video di bawah:

Era Baru

Kategori:INSPIRASI VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...