INSPIRASI, VIDEO

[Video] Rakam aksi jerung sedang memburu seekor penyu. Secara tiba-tiba, penyelam tersebut pula yang menjadi buruan si jerung

[Video] Rakam aksi jerung sedang memburu seekor penyu. Secara tiba-tiba, penyelam tersebut pula yang menjadi buruan si jerung

Berada di dalam air semasa jerung-jerung sedang berkeliaran untuk mencari makanan adalah salah satu perkara yang harus dielakkan. Namun, penyelam berani mati ini telah mengambil risiko dan akhirnya terjerumus di dalam satu situasi yang tidak akan dilupakannya.

Penyelam tersebut pada awalnya hanya mengambil gambar seekor jerung harimau yang sedang berenang sambil menggigit seekor penyu di dalam mulutnya. Dengan menggunakan GoPro yang diletakkan pada kepalanya, lelaki ini mula merakamkan aksi jerung terbabit.

Mungkin sedar ia sedang diperhatikan, jerung tersebut kemudian bertindak meluru ke arah penyelam tersebut sambil membuka mulutnya seluas mungkin. Nampaknya penyu tersebut hanyalah pembuka selera tetapi penyelam tersebut bakal menjadi santapan enak dan mengenyangkan buat jerung harimau ini.

Dalam video tersebut juga, anda akan mendengar bunyi buih membuktikan bunyi yang terhasil melalui jeritan penyelam berkenaan sewaktu berada di dalam air. Siapa sahaja yang tidak terkejut jika melihat seekor jerung besar sedang meluru ke arah kita.

Nasib penyelam ini baik kerana jerung berkenaan hanya berlalu pergi tanpa menimbulkan sebarang tragedi terakhir pada nyawa penyelam tersebut.

Video ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji serta mengecam tindakan berani mati penyelam tersebut.

Lihat video di bawah dan ujarkan pendapat anda mengenainya di ruangan komen.

Sumber: NTD Inspired

Kategori:INSPIRASI VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...