Arkeologi, Misteri & Fenomena

Pengesan logam berbunyi! Siapa sangka ahli sejarah amatur menemui syiling purba zaman Cleopatra bernilai RM1 juta

Pengesan logam berbunyi! Siapa sangka ahli sejarah amatur menemui syiling purba zaman Cleopatra bernilai RM1 juta

Sambil bersuka-suka dengan hobi mengesan artifak bersama alat pengesan logamnya, seorang ahli sejarah amatur menerima durian runtuh apabila beliau telah menemui ratusan duit syiling unik dari zaman pemerintahan Rom dan Cleopatra dari tanah pertanian seorang petani di Britain. Dan apa yang menyeronokkan syiling purba itu dianggar bernilai RM1,000,000.

Mike Smale yang berusia 35 tahun dari Plymouth, United Kingdom sedang mengesan harta karun dengan alat pengesan logam di sebuah ladang bersama beberapa orang rakannya apabila pengesan logam itu tiba-tiba berbunyi tanpa henti. Kemudian beliau telah menjumpai beberapa keping duit syiling.

Kredit: Youtube Screenshot/News of the Present World

Mike kemudian memanggil pihak berkuasa dan mereka telah memeriksa kawasan itu. Sebanyak 600 duit syiling purba telah ditemui dan digali dari kawasan itu. Menurut Mike, “Adalah amat mustahil untuk menyatakan berapa nilainya dan semuanya bergantung kepada beberapa faktor. Betapa unik syiling itu, bagaimana keadaannya dan lain-lain.”

Pakar mempercayai duit-duit syiling purba itu telah diangkat ke permukaan tanah oleh pembajak dan telah menyelerakkannya ke merata kawasan di situ. Mike Smale berkata, “Ini adalah penemuan yang terbesar dan saya tidak akan berhenti di sini. Ia sesuatu yang menyeronokkan dan saya akan meneruskan kerja ini. Saya mempunyai idea akan duit syiling ini. Saya menemui dua syiling dari empayar Rom pada pagi itu.”

Kredit: Youtube Screenshot/News of the Present World

Mike Smale berasa agak terkejut dapat menjumpai mata wang perak zaman Rom di kawasan itu, yang bertarikh sekitar 32 Sebelum Masihi dalam kuantiti yang banyak. Sekeping duit syiling tersebut boleh mencecah nilai RM4,500.

Seorang penjejak artifak bernama Sean MacDonald yang berusia 47 tahun yang menguruskan pencarian di ladang itu berkata, beliau mengakui akan membayar sejumlah wang yang lumayan dengan penemuan syiling  itu dan turut berasa teruja untuk mengetahui berapa nilai sebenar syiling purba tersebut.

Kredit: Youtube Screenshot/News of the Present World

Sean berkata, “Para ahli arkeologi tidak mempercayai apa yang mereka lihat kerana syiling purba ini sangat jarang ditemui dan unik.”

Mike Smale berkata, “Kawasan Bridport sememangnya kawasan yang terdedah dan kaya dengan peninggalan sejarah. Tetapi dengan penemuan syiling purba ini, ia menjadi tanda permulaan kerana tidak pernah berlaku sebelum ini.”

Kredit: Youtube Screenshot/News of the Present World

Syiling purba itu telah diserahkan kepada jabatan koroner untuk diperiksa dan dinilai sebelum memutuskan kemungkinan untuk menjualnya kepada muzium. Keuntungan dari jualan syiling purba yang unik ini akan dibahagikan di antara pemilik ladang iaitu Anthony Butler dan Mike Smale yang menemuinya.

Kredit: Youtube Screenshot/News of the Present World

Pakar sejarah telah memeriksa foto syiling purba itu dan berkata syiling itu memaparkan Tuhan Rom yang mana telah dikeluarkan pada era Mark Anthony dan pemerintahan Cleopatra di Mesir, satu abad sebelum kelahiran Nabi Isa.

Kredit: Youtube Screenshot/News of the Present World

“Syiling Republikan pada zaman Jeneral Mark Anthony telah dikeluarkan sebelum Empayar Rom menakluki Britain pada tahun 43 Selepas Masihi. Syiling ini mungkin dibawa oleh askar Rom dan rakyat mereka pada masa itu ke Britain,” jelas seorang pengedar syiling lama Dominic Chorney dari A.H.Baldwin & Sons.

Lihat video di bawah:

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...