Galeri Foto, GLOBAL, INSPIRASI, Pesona, Ria

Pengalaman penggemar McDonalds yang telah menikmati pelbagai menu tempatan di 53 negara di seluruh dunia!

Pengalaman penggemar McDonalds yang telah menikmati pelbagai menu tempatan di 53 negara di seluruh dunia!

Siapa yang tidak kenal dengan makanan segera terkenal, McDonalds yang merupakan antara rantaian makanan segera terbesar di dunia dengan memiliki kira-kira 36,000 cawangan di seluruh dunia.

Jadi, tidak hairanlah jika ada yang sangat meminati makanan ini sehingga sanggup memuat naik status dan gambar-gambar mereka bersama makanan kegemaran mereka itu.

Seperti lelaki ini, James McGowan, 28, seorang pemaju perisian dari Kanada telah berpeluang menikmati makanan enak dari restoran ini di 53 buah negara yang berbeza dan telah menulis tentangnya di dalam blognya,  Traveling McD’s.

James McGowan, 28, pemaju perisian, telah makan di McDonald’s di 53 negara yang berbeza dan telah memuat naik kira-kira 300 item di blognya, termasuk nasi ayam teriyaki yang dinikmatinya di Bangkok, Thailand.

McGowan sangat kecewa dengan Aloha Heat, burger nanas yang dibawa pulang oleh kaka iparnya dari Hong Kong kerana roti jalapeño dan roti khas yang sepatutnya ada tidak disertakan.

Pai laici (kiri) adalah menu yang teruk dari Kuala Lumpur, Malaysia. Dia memberikan ‘tiada’ bintang untuk makanan tersebut.  

McGowan bukan penggemar McNuggets pedas  yang dimakan di Singapura, yang tidak keistimewaan apa-apa pun.

Kebanyakan menu McD dinikmatinya semasa dia melakukan perjalanan ke luar negara. Da juga adakalanya meminta mereka yang ke luar negara untuk membawa makanan tempatan McD dari negara yang dilawati mereka untuknya.

Seperti menu burger dari Hong Kong, Aloha Heat, burger dengan hiasan nanas dengan jalapeño relish yang dibeli oleh kakak iparnya semasa di Hong Kong ketika dia terbang dari Kanada ke Bangkok.

Sebagai seorang pemaju web, McGowan mengatakan dia bernasib baik kernaa dapat bekerja di mana-mana asalkan tersedia dengan WiFi, itulah sebabnya dia banyak melakukan perjalanan ke luar negara.

Peta ini menunjukkan negara di mana dia telah menikmati McD.

Burger ini dihiasi dengan kentang dan daging lenyek yang dibuat dengan eplabai ramuan dari Hokkaido, pulau paling utara di Jepun. 

Kentang lenyeknya sejuk dan tidak enak.

Pai tuna adalah ‘cukup menjijikkan’, tulis McGowan & Chick n ‘Cheese “lebih teruk lagi”. Dia menikmatinya di Udon Thani, Thailand. 

Matcha McFlurry ini dengan bit Oreos memperoleh rating 4.5 bintang daripada lima bintang kerana dipenuhi dengan serbuk teh hijau.

 

Burger Prosperity  membuat penampilan tahunan di McDonald’s di Asia untuk menandakan Tahun Baru mengikut kalendar lunar.


Burger Prosperity ayam dan hash coklat ini, dimakannya di Macau, memperoleh 3.5 bintang daripada lima.

McGowan menikmati Georgie Pie ini di Auckland, New Zealand, dan mengatakan ia adalah salah satu perkara paling unik yang pernah dicuba di McDonald’s. Dia hanya berharap pai daging mempunyai kerak yang lebih kasar seperti yang biasa dibuat neneknya

Ikan McWrap sangat mengecewakan dan tidak berbaloi dengan wang $ 5.40 yang telah dibelanjakan di Singapura. 

Ulasan pertama McGowan mengenai menu McD yang pertama telah dilakukan pada Oktober 2011, adalah mengenai taro dan Oreo McFlurry yang dia ada di Macau. Sejak itu, beliau telah mencuba pelbagai menu termasuk McFlurry creme brulee di Singapura, Poutine di Montreal, Kanada, dan burger salmon di Bangkok, Thailand.

Penemuan lain termasuk nuget tauhu di Jepun, nasi teriyaki di Thailand dan churros di Korea Selatan. Walau bagaimanapun dengan perjalanan McGowan yang kerap ke McDonald’s dia tidak mengalamai kenaikan berat badan.

“Sebenarnya berat saya semakin kurang jika dibandingkan dengan dahulu,” katanya. ‘Tidak ada diet khas, tetapi saya dan isteri saya makan makanan yang sihat, dimasak di rumah. Kami juga menghindari makanan bergoreng sebanyak yang kami boleh. ‘

Dia mula mencuba pelbagai makanan McDonald’s di seluruh dunia pada tahun 2005 dan mengambil gambar setiap hidangan yang dimakan, berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan. McGowan kini berpusat di Bangkok dan melakukan perjalanan untuk keseronokan.

Les Classic Tendres, kentang goreng tebal yang boleh didapati di Paris, dipotong dengan cara yang salah dan digoreng dengan sama ada terlalu rangup atau ‘layu’.

The French 280 Recette Fromagere adalah kegemaran McGowan dan isterinya di Paris.

Sandwich, yang disajikan pada roti gaya ciabatta, menerima 4.5 bintang daripada lima walaupun dia menganggap empat keping keju adalah terlalu berlebihan.

McGowan (kiri) mencuba burger Crockette Ketam di Okinawa, Jepun dan memberikannya dua dari lima bintang. Beliau berkata pengisiannya adalah baik walaupun dia tidak benar-benar merasai ketam itu.

Malah sos tomato tidak dapat membuatkan burger Crockette Ketam menjadi enak kerana ia terlalu manis.

McGowan (di McDonald’s di Seoul, Korea Selatan), mengatakan dia suka akan churro kerana ‘dimasak segar dan disajikan panas’ walaupun pada pukul 11 malam.

Ini kerepek kentang yang ‘terlalu kenyal dan terlalu sukar untuk dinikmati’ yang dinikmatinya di Copenhagen, Denmark.

McFloat, yang dibuat dari aiskrim dalam segelas Coke yang dinikmatinya di Johor Bahru, Malaysia.

Sodanya agak hangat dan minumannya terlalu manis. Dia juga tidak menyukai Bubblegum McFizz (kanan) di Singapura kerana sirap itu begitu tebal ia tersangkut dalam penyedut minumannya.

Dalam status terakhirnya, McGowan menceritakan tentang kekecewaannya dengan burger 454 kalori yang dihias dengan bacon dan kentang lenyek yang dinikmatinya di Sapporo, Jepun. Hal ini kerana kentangnya sangat sejuk dan tidak enak.

McGowan menikmati strawberi McFlurry bersama dengan Jagung Flakes di Johor Bahru, Malaysia, menurutnya itu adalah antara ‘topping’ paling banyak yang pernah dinikmatinya. 

Double lime sundae, yang dibeli di Singapura, mendapat lima bintang dan dia berharap ia akan menjadi menu tambahan McD.

Seorang rakan membawa pulang burger McPizza Pepperoni ini dari London di UK. Burger itu diterbangkan selama 13 jam dan kemudian dibekukan selama dua hari kerana McGowan sedang  berada di luar ketika itu. Dia memakannya selepas dia kembali dan memberikannya 3.5 bintang daripada lima walaupun terdapat bun dan sos yang tidak segar.

McGowan yang sedang menikmati 280 Recette Fromagere di Paris, Perancis, mula makan di pelbagai McDonald’s di seluruh dunia pada tahun 2005, berkongsi gambar-gambar makanan bersama kawan-kawan dan keluarganya.

McGowan terkejut dengan saiznya yang kecil dari kelopak mac keju dan kentang goreng cheesy di Manila, Filipina dan menyebutnya sebagai ‘makanan yang menyedihkan’. 

Seorang pengunjung dari Perth, Australia, membawa poket ham dan keju ini kepada McGowan selepas kedua-dua mereka brkenalan di sebuah forum. 

McGowan dan isterinya, yang berasal dari Korea, menganggap bahawa kentang wedges dari Darwin, Australia, lebih baik jika McDonald’s menggunakan ubi kentang ungu yang biasa ditemui di Asia Utara. 

McGowan tidak tahu apa yang diharapkan apabila dia membeli Sir Sombrero di Belgrade, Serbia. Dia kemudian menyedari bahawa itu adalah nugget keju berbentuk sombrero.

Aiskrim sundae teh merah yang dinikmati di Taipei, Taiwan adalah sesuatu yang sangat mengecewakan kerana toppingnya yang tidak enak.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...