INSPIRASI

Nenek 73 tahun jadi sumber inspirasi kejayaan wanita setelah lulus ujian memandu!

Nenek 73 tahun jadi sumber inspirasi kejayaan wanita setelah lulus ujian memandu!

Kadangkala kita cenderung untuk menahan diri daripada terlibat dalam sebarang perkara yang kita tidak biasa lakukan. Misalnya kita tidak mahu pergi ke tempat kerja yang jauh dari rumah ibu bapa kerana takut tidak dapat menyesuaikan diri.

Seharusnya, kita perlu sentiasa mencabar diri untuk melihat kemampuan terbaik yang boleh anda capai untuk disumbangkan kepada agama, bangsa dan negara. Jika segala perkara tidak mahu dicuba, maka matlamat hidup anda tidak akan tercapai.

Di samping itu, faktor umur juga tidak harus dijadikan sebagai alasan untuk tidak melakukan sesuatu perkara. Lihat sahaja nenek bernama Fatimah Hassan yang berusia 73 tahun ini. Walaupun sudah termasuk dalam kategori warga emas, beliau akhirnya lulus dalam ujian memandu selepas gagal pertama kali pada 4 Oktober lalu.

Kredit: Astro Awani

“Saya sangat bersyukur kepada Tuhan dan berasa sangat gembira setelah lulus ujian ini. Tiada kata yang boleh menggambarkan betapa gembiranya saya… Ia seolah-olah beban yang tertanggung di bahu ini telah diangkat sebaik sahaja pegawai dari Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) memberitahu bahawa saya telah lulus ujian,” kata nenek Fatimah kepada Sinar Harian.

Tambah nenek Fatimah lagi, “Anak kelima saya sanggup ambil cuti kerja semata-mata untuk menemani dan menyokong saya pada hari ujian tersebut”.

Kredit: Sinar Harian

Nenek Fatimah turut sempat mengucapkan rasa syukur kepada guru pemandunya yang tidak pernah menyerah kalah sepanjang mengajarnya memandu.

Kisah nenek Fatimah berjaya mencuri tumpuan warga Malaysia yang rata-ratanya sangat memuji semangat beliau dalam meneruskan pencapaian matlamat walaupun sudah lanjut usia.

Kredit: Facebook

Kredit: Facebook

Tahniah nenek Fatimah. Semoga anda diberikan umur yang panjang dan mampu mencapai banyak lagi matlamat hidup.

Sumber: World of Buzz

Kategori:INSPIRASI

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...