Aneh, Pesona, Ria

Kasihan… didakwa mencederakan seorang kanak-kanak, kucing ini kini ‘diburu’ dan akan ditangkap oleh pihak berkuasa Hong Kong

Kasihan… didakwa mencederakan seorang kanak-kanak, kucing ini kini ‘diburu’ dan akan ditangkap oleh pihak berkuasa Hong Kong

Mana-mana haiwan terutamanya haiwan yang jinak seperti kucing, anjing mahupun arnab seharusnya dibiarkan hidup bebas, dijaga dan disayangi.

Tidak adil buat mereka jika mereka dikurung dan tidak dibenarkan untuk bersosial seperti selalunya.

Pastinya mereka akan kesedihan dan kesunyian anda terus dikurung.

Perkara ini mungkin akan berlaku kepada seekor kucing, Marble kerana dikatakan telah mencederakan seorang kanak-kanak lelaki.

Kredit: Ettoday

Ibu kepada kanak-kanak itu telah memfailkan aduan kepada pihak berkuasa tentang kucing itu setelah kucing itu mencederakan anaknya sehingga meninggalkan kesan calar sepanjang 5mm pada anaknya yang berumur 5 tahun itu.

Insiden itu berlaku semasa mereka sedang membeli keperluan di sebuah farmasi di mana tempat Marbles tinggal.

Ekoran kejadian itu, pihak berkuasa kini sedang memburu Marbles.

Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan (AFCD) juga meminta pemilik kucing tersebut untuk menyerahkannya kepada mereka sekarang.

Kredit: Ettoday

Kredit: HK01

Walau bagaimanapun, nampaknya Marbles adalah kucing yang sangat disayangi di kawasan Kwun Tong. Seorang pembuat undang-undang, Roy Kwong telah meminta pihak berkuasa untuk menghentikan semua itu.

Dia juga telah melancarkan petisyen untuk mendapatkan sokongan terhadap cadangan itu. Mengikut laman Facebook yang menyokong Marbles, petisyen itu telah mendapat kira-kira 70,000 tandatangan!

Roy juga menyatakan melalui laman Facebook bahawa pemilik farmasi itu telah menawarkan diri untuk membayar bil perubatan kanak-kanak lelaki itu di klinik berdekatan, tetapi ibunya telah menolak tawaran tersebut.

Marbles kini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan tiada selera makan, kemungkinan besar disebabkan oleh konflik yang sedang berlaku kepadanya. Oleh itu, kucing ini kini berada di klinik veterinar swasta dan mereka melaporkan Marbles berada dalam keadaan fizikal yang tidak baik.

Pemilik dan pegawai farmasi juga yakin Marbles sebenarnya tidak bersalah ekoran tuduhan ke atasnya yang telah mencederakan budak lelaki itu. Salah seorang pekerja farmasi memberitahu kepada pemberita tempatan dan bahkan menunjukkan rakaman CCTV yang membuktikan Marbles tidak bersalah!

Berita tentang kucing kesayangan penduduk Kwun Tong yang dituduh melakukan kesalahan itu telah mengecewakan penduduk setempat. Roy dan Parti Liberal Hong Kong telah menulis kepada AFCD untuk meminta mereka bagi menyelamatkan Marbles.

Parti Liberal mempertahankan Marbles dengan mengatakan kucing it telah dihantar untuk mendapatkan vaksin dan bebas daripada rabies.

Walau bagaimanapun, AFCD bertindak balas dengan mengatakan kucing itu harus disimpan untuk pemeriksaan rabies mengikut Cap 421 Rabies Ordinance law.

Bagi pencinta kucing anda pasti merasakan semua ini adalah tidak masuk akal. Kucing mungkin haiwan yang nakal tetapi tidak adil buat mereka jika ditahan dan dikurung kerana kesalahan yang tidak dilakukannya.

Pihak berkuasa Hong Kong seharusnya lebih peka dan menerima petisyen yang telah ditandatangai oleh orang ramai. Semoga Marbles bebas daripada dakwaan tersebut kerana dia sememangnya tidak bersalah!

Era Baru

Kategori:Aneh Pesona Ria

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...