INSPIRASI, Kisah Inspirasi, VIDEO

Kanak-kanak 8 tahun jadi saksi ibu di mahkamah, alasannya supaya kes itu digugurkan telah membuatkan semua orang di mahkamah ketawa!

Kanak-kanak 8 tahun jadi saksi ibu di mahkamah, alasannya supaya kes itu digugurkan telah membuatkan semua orang di mahkamah ketawa!

Jika anda pernah hadir ke mahkamah untuk mendengar mana-mana perbicaraan pastinya mata akan tertumpu kepada hakim yang mengadili kes yang dibicarakan. Mereka pasti kelihatan serius, tegas dan yakin dengan setiap hukuman atau tidakan yang dijatuhkan ke atas mana-mana pesalah.

Jika dilihat pada kali pertama, ketua hakim Frank Caprio di Rhode Island pastinya kelihatan sama seperti hakim di mana-mana mahkamah keadilan yang lain- serius, tegas dan tertakluk kepada peraturan. Namun begitu, apabila dia mula bercakap, jelas sekali bahawa dia sebenarnya mempunyai hati yang besar.

Bukan sahaja memberi peluang kedua kepada orang yang dibicarakan, bahkan mendengar cerita mereka dan mengambil kira semua perkara – termasuk tentang kisah anak comel mereka.

Itulah yang berlaku ketika seorang ibu, Samantha dan anak perempuannya, Alexa yang dibicarakan di mahkamah hakim Caprio.

Kredit: YouTube

Samantha muncul di mahkamah kerana didakwa telah melanggar lampu merah. Hakim Caprio telah memutuskan sama ada untuk mengenakan denda atau melepaskannya.

Apabila hakim melihat anak perempuan Samantha, dia bertanya kepada Alexa apakah dia ingin membantu ibunya dalam kes itu.

Kredit: YouTube

Dia kemudian bersetuju. Hakim Caprio segera bertanya kepada Alexa tentang dirinya- di mana dia bersekolah, cita-citanya apabila dewasa kelak dan apa haiwan kesukaannya kerana dia mengatakan abahwa dia ingin menjadi seorang doktor haiwan.

Hakim Caprio kemudian memandang Samantha dan berkata, “dia (Alexa) sangat berharga,” dan semua orang di mahkamah ketawa dan bersetuju dengannya.

Kredit: YouTube

Akhirnya, tiba masanya untuk memeriksa bukti yang ada.

Hakim Caprio kemudian menunjukkan video lalu lintas di mana Samantha telah melanggar lampu isyarat merah dan ditonton oleh Alexa.

Kredit: YouTube

Apabila hakim Carpio bertanya kepada kanak-kanak itu adakah kes itu patut ditolak, dia berkaya ya, dan alasan yang diberikan kanak-kanak itu telah membuatkan semua orang ketawa mendengarnya!

“Sebab ibu takut dengan lelaki di situ…” kata Alexa dengan berhati-hati. “Adakah anda memberitahu dia untuk mengatakannya?”, tanya hakim kepada Samantha dan dia menafikannya sambil ketawa.

“Dia seorang yang bagus,” kata hakim itu lagi.

Alexa sememangnya berhasil membantu ibunya dalam perbicaraan tersebut. Kejujurannya bahkan telah menambat hati hakim untuk menggugurkan kes tersebut.

Tonton video di bawah untuk melihat bagaimana hakim itu akhirnya menolak kes itu.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...