INSPIRASI, Kebudayaan

Ini bukan di Pulau Pinang, tetapi ia merupakan sebuah pekan di Phuket

Ini bukan di Pulau Pinang, tetapi ia merupakan sebuah pekan di Phuket

Di Phuket, bukan sahaja terdapat pasir pantai, sinaran mentari dan bayu laut yang lembut meniup sahaja ya…

Ya, betul – pasti anda merasakan gambar-gambar ini dirakamkan di Pulau Pinang (deretan rumah kedai)

Kredit: Instagram @teayii

Namun, ia sebenarnya bukan terletak di Pulau Pinang ataupun di Melaka mahupun di bandar-bandar bersejarah di Malaysia! Ia sebenarnya Old Phuket Town, iaitu sebuah pekan tertua di Thailand.

Kredit: Instagram @madam_french

Old Phuket Town merupakan nadi kepada bandar Phuket, iaitu titik penting di Semenanjung Tanah Melayu di mana para imigran dari China mula-mula mendarat satu ketika dahulu.

Phuket City dan George Town, Pulau Pinang secara rasminya menjadi bandar kembar pada bulan September 2014.

Kredit: Instagram @super_first11

Terdapat alasan mengapa ianya kelihatan sama. Sejarah bandar Phuket ini bermula pada kurun ke 16 di mana ketika itu industri melombong bijih timah yang kian pesat menyebabkan kedua-dua pedagang Portugis dan China datang ke sana.  

Kredit: Instagram @akkabhumi

Kredit: Instagram @arisfinale

Kredit: Instagram @immerdieanderen

Hal ini mengakibatkan pertembungan budaya Eropah dan China yang menghasilkan terbinanya bangunan berkonsepkan Sino-Portugis. Ia sebagai bukti elemen Peranakan China di sepanjang rumah kedai di Old Phuket Town.

Kredit: Instagram @lforssman

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bangunan-bangunan berkenaan telah dibaik pulih bagi mengekalkan keunikannya. Ia lazimnya dijadikan kedai, muzium ataupun hotel butik.

Kredit: Instagram @teayii

Kredit: Instagram @ktp_th

Pengaruh pihak kolonial Eropah juga terpampang menerusi rumah agam berkonsepkan Sino-Kolonial yang bakal anda saksikan jika anda berkunjung ke sana.  

Kredit: Dawn in Phuket

Kredit: Instagram @lforssman

Kredit: Richard Lee / Flickr

Rumah agam Dibuk Mansion, kini digunakan sebagai tempat beroperasinya syarikat penghantaran gas.

Rumah Limpanon, kini tidak didiami lagi.

Selain persamaan seni bina, beberapa kedai di Old Phuket Town juga menjual pelbagai tau sar pneah , salah satu cenderahati yang mesti dibeli di Pulau Pinang!

Kredit: Maggie Raj Facebook

Sebagai usaha pemulihan oleh pihak majlis bandaraya, artis-artis tempatan dan antarabangsa juga telah meninggalkan tanda-tanda mereka di dinding-dinding Old Phuket Town. 

Kredit: Instagram @tvasilyeva_

Kredit: Instagram @oluno

Kredit: Instagram @cynefin

Oleh itu, jika anda memerlukan rehat sepulang sahaja daripada berjemur di pantai di Phuket, anda bolehlah pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah dinyatakan tadi.  

Kredit: instagram @classic_atr

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...