NASIONAL

Gaji minimum pekerja di Malaysia akan dinaikkan bermula tahun hadapan

Gaji minimum pekerja di Malaysia akan dinaikkan bermula tahun hadapan
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata mereka kini sedang mengulas semula undang-undang Gaji Minimum 2016. (Foto komposit)

PUTRAJAYA – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem memaklumkan mereka kini sedang mengulas semula undang-undang Gaji Minimum 2016 bagi menetapkan kadar baharu di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menurut Riot, mereka sedar bahawa kadar gaji minimum ini harus sentiasa diperbaharu sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua tahun. Ini bagi membolehkan mereka melihat keupayaan majikan untuk membayar gaji minimum. Tanggungjawab yang penuh cabaran itu bagi membolehkan polisi gaji minimum itu memenuhi semua objektif.

Riot berharap, dengan peningkatan kadar gaji minimum itu, jurang pendapatan antara penduduk Semenanjung dan Sabah dan Sarawak dapat dirapatkan.

Penyebab utama kepada jurang dalam pendapatan ini ialah gaji median, iaitu perbezaan antara keupayaan majikan dan kapasiti untuk membayar gaji kepada pekerja. Itu merupakan faktor mengapa pendapatan penduduk masih rendah di Sabah dan Sarawak.

Penambahbaikan kepada kadar ini akan mengambil kira pelbagai faktor contohnya kos sara hidup, kos operasi majikan dan permintaan penduduk Sabah dan Sarawak untuk meningkatkan kadar gaji minimum agar setara dengan peningkatan kos sara hidup di sana.

Kadar gaji minimum di Semenanjung Malaysia dahulunya diletakkan pada RM900 dan RM800 di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2016, ianya telah dinaikkan kepada RM1,000 di Semenanjung Malaysia dan RM920 di Sabah dan Sarawak.

Pada ketika ini, ia masih sedang dikaji sebelum diserahkan kepada Kabinet untuk dibincangkan nanti.

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...