Aneh, Ria, VIDEO

‘Arnab ajaib’ yang jarang ditemui ini diancam kepupusan tetapi seorang lelaki cuba untuk menanganinya

‘Arnab ajaib’ yang jarang ditemui ini diancam kepupusan tetapi seorang lelaki cuba untuk menanganinya

Li Weidong telah mendaki selama beberapa jam di kawasan pergunungan di Barat laut China ketika dia berhenti untuk menarik nafasnya. Tiba-tiba, terdapat pergerakan yang menarik perhatiannya.

Dia duduk di beberapa batu berhampiran untuk melihat apakah makhluk itu, secara tiba-tiba, dua telinga arnab muncul daripada retakan salah satu batu.

Makhluk kecil itu memerhatikan dan berkedip pada saya.

Kredit: YouTube

Saya fikir ia adalah makhluk yang paling indah dan aneh yang pernah saya lihat. “Saya tidak percaya mata saya,” katanya. Pada tahun 1983 pertemuan itu adalah penemuan pertama Ili pika yang didokumenkan, dinamakan sempena Prefektur Ili di mana Li sedang mendaki hari itu.

Dia melaporkan beberapa penemuan lain pada tahun-tahun berikutnya, termasuklah pada tahun 1990, tetapi ia tidak ditemui lagi sehingga musim panas 2014. Sekarang, misi lelaki ini adalah untuk membantu membawa spesis-spesis seperti Pokemon ini kembali daripada ambang kepupusan.

Seperti panda raksasa, Ili pika – dibezakan daripada spesies pika lain dengan tiga jalur coklat di dahi dan di lehernya – hanya terdapat di China.

Kredit: YouTube

Namun, populasi mereka lebih kecil daripada panda.

Li menganggarkan jumlah mereka telah jatuh 70 peratus sejak pertemuan awalnya, daripada hampir 3,000 pada 1990-an, dan kini hingga tinggal hanya 1,000.

Kredit: YouTube

Apabila glasier gunung meleleh, makhluk kecil seperti arnab ini terpaksa memanjat kawasan yang lebih tinggi untuk sampai ke habitat bersalji yang diperlukan oleh mereka untuk terus hidup.

Kredit: Google Maps

Mempunyai bilangan populasi sedemikian di kawasan yang sangat kecil adalah perkara yang membimbangkan. Tetapi ia menjadikannya lebih mudah bagi rubah, weasel, dan raptor untuk memakan mereka.

Dan tidak seperti panda raksasa, yang mempunyai gerakan pemuliharaan di seluruh dunia yang bekerja untuk mereka, tidak ada pertubuhan sedemikian yang wujud untuk melindungi makhluk kecil ini.

Kredit: YouTube

“Saya menemui spesies itu, dan saya memerhatikannya kerana ia merupakan spesis yang terancam. Jika ia sudah pupus di hadapan saya, saya akan merasa bersalah,” kata Li pada tahun 2015, tidak lama selepas imej Ili pika (aka” arnab ajaib “) menjadi tular.

Kredit: YouTube

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makhluk yang sangat comel dan terancam ini, klik pada video di bawah. Kongsi video ini untuk meningkatkan kesedaran tentang nasib Ili pika.

Era Baru

Kategori:Aneh Ria VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...