Asia, NASIONAL

Akibat tidak membayar caj parkir RM 10, seorang lelaki berang keretanya dicalarkan

Akibat tidak membayar caj parkir RM 10, seorang lelaki berang keretanya dicalarkan

Berada di Kuala Lumpur atau mana-mana bandar besar, sentiasa terdapat ular parkir yang mencari rezeki dengan meminta upah sebagai penjaga parkir. Upah yang diminta juga kadang-kadang ada yang minta ikhlas dan kadang-kadang mencecah hingga RM 10 atau RM 20.

Sungguhpun mereka tidak melakukan sebarang jenayah, tetapi tindakan memaksa orang membayar upah parkir adalah salah daripada segi undang-undang.

Lebih teruk, jika pemilik kenderaan enggan membayar upah yang diminta, mereka akan bertindak biadap dengan mengugut untuk mencalar atau merosakkan kenderaan tersebut.

Memalukan!

Jason John merupakan antara salah satu mangsa penganiayaan daripada ulat parkir. Realitinya, kes ini bukanlah pertama kali berlaku malah berpuluh-puluh kali berlaku. Dalam perkongsiannya di Facebook, Jason John memarkir kereta di Bukit Kiara pada jam 7:00 malam untuk menghadiri mesyuarat.

Apabila mendapati satu ruang parkir kosong, dia memarkir di tempat tersebut lalu keluar daripada kereta dengan cepat. Secara tiba-tiba, seorang lelaki datang dan terus memintanya Rm10. Disebabkan ingin cepat, Jason tidak mengendahkan permintaan lelaki tersebut.

“Dia menjerit “Oi” kepada saya tetapi terus berjalan ke hadapan kerana tindakannya amat biadap. Marah dengan tingkah laku saya, lelaki itu menendang tin minuman di atas jalan.”

Jason tidak takut atau berprasangka buruk terhadap lelaki itu. Selepas tamat mesyuarat, dia terus ke keretanya daripada arah belakang dan pulang ke rumah. Akan tetapi, dia seolah-olah rasa sesuatu tidak kena terhadap keretanya itu.

Alangkah terkejutnya apbila mendapati bahagian depan keretanya ditoreh dengan teruk malah nombor plat kenderaan telah ditanggalkan.

Dia hanya tersedar perkara itu hanya ketika dalam perjalanan pulang.

Jason tidak lansung menyedari keretanya telah dianiaya kerana dia berjalan daripada arah belakang dan waktu juga semakin lewat malam. Sepatutnya, gejala ini perlu dibanteras oleh pihak berkuasa kerana ular parkir tidak mempunyai hak lansung untuk mendapat sebarang bayaran.

Sebagai pengguna jalan raya juga, mungkin kita boleh memberi sedikit wang seperti RM 1 atau RM  2 kepada mereka, tetapi jika mereka meminta lebih, lebih baik cari di tempat lain.

Era Baru

Kategori:Asia NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...