INSPIRASI

Sebuah kisah legenda: Ayuh lihat gambar-gambar retro kilang lama Harley Davidson

Sebuah kisah legenda: Ayuh lihat gambar-gambar retro kilang lama Harley Davidson

Setiap lagenda, pasti ada permulaannya. Walaupun kisah lagenda itu akan berakhir, tetapi legasi yang ditinggalkan akan tersemat dalam lipatan sejarah.

Begitu jugalah kisah lagenda dalam dunia permotoran, Harley Davidson.

Pada 1901, William S. Harley timbul satu idea untuk membina sebuah enjin dengan kelajuan 7.07 cc dengan menggunakan model kayuhan pedal basikal.

Dua tahun selepas itu, idea ini telah dikembangkan oleh Arthur Davidson bersama adiknya Walter Davidson bersama dengan William S. Harley untuk mencipta motor-basikal dengan enjin satu silinder.

Ketika sebuah enjin terbina dengan binaan seperti basikal tanpa pedal, mereka telah mencuba menggunakan model pertama itu di sebuah bukit di Milwaukee.

Uji kaji pertama mereka dilakukan di atas bukit memberikan hasil yang positif.

Kemudian, mereka telah meningkatkan kuasa enjin kepada 24.75 cc dan daripada sinilah, sebuah motosikal Harley Davidson yang pertama dicipta.

Saiz enjin juga dibesarkan dan beberapa aspek terhadap motor telah ditambah baik.

Mereka nampaknya begitu serius dalam dunia permotoran. Pada tahun 1906, ketiga-tiga individu ini telah membina sebuah kilang di Chesnut Street, kini dikenali sebagai Jeneau Avenue. Kini, kilang ini merupakan ibu pejabat Harley Davidson.

Tahun 1907, William telah menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan Mekanikal di University of Wisconsin. Beliau seterusnya mencipta pelbagai inovasi untuk enjin dan reka bentuk motosikal supaya dapat menambah baik motosikal mereka.

Hasil idea daripada ketiga-tiga lagenda ini, Harley Davidson merupakan syarikat pertama yang membina enjin V-Twin 45 degree yang berkuasa tinggi dan menjadi identiti motosikal ini.

Kini, selepas lebih daripada 100 tahun, Harley Davidson dikenali dan menjadi tarikan seluruh dunia.

Oleh itu, mari kita saksikan gambar-gambar awal penubuhan kilang Harley Davidson sekitar tahun 1900-an.

Arthur dan Walter Davidson, William S. Harley dan William A Davidson (1915)

Seorang pekerja bertugas di dalam kilang

Pekerja sedang memeriksa enjin yang sudah siap dibina

Walaupun bermula secara kecil-kecilan tetapi kini mereka dianggap sebagai satu syarikat gergasi dalam dunia permotoran

Beberapa pekerja sedang mendengar taklimat dan tunjuk ajar daripada majikan mereka

Kilang yang sudah beroperasi lebih 100 tahun itu kini kilang menjadi ibu pejabat mereka

Sumber gambar: The Mind Circle

Era Baru

Kategori:INSPIRASI

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...