GAYA HIDUP, Produk Teknologi

Pizza Hut melancarkan kedai berkonsepkan digital pertamanya di Malaysia

Pizza Hut melancarkan kedai berkonsepkan digital pertamanya di Malaysia

Kini, perkhidmatan penghantaran piza sudah boleh dibuat menggunakan aplikasi telefon bimbit sahaja.

Pizza Hut merupakan peneraju utama hidangan piza di Malaysia. Sejak daripada kecil lagi ibu bapa kita pasti pernah membawa kita ke sana.

Sumber: Pizza Hut Malaysia

Bayangkan saat-saat anda menikmati piza yang sarat dengan keju membuatkan anda ingin segera mendail nombor 1-300-88-255 setiap masa!

Rangkaian kedai piza yang popular ini secara rasminya telah melancarkan kedai digital pertamanya. Ia sebagai salah satu inisiatif bagi menawarkan pengalaman istimewa kepada pelanggan setianya

Sumber: Pizza Hut Malaysia

Terletak di Sunway Pyramid, kedai digital ini merupakan kedai pertama jenama itu berteraskan konsep digital. Ciri-ciri utama kedai itu adalah panel untuk menempah pada kiosk take-away yang baharu.

Sumber: Pizza Hut Malaysia

Dibuat khas untuk pesanan pelanggan, panel besar itu diletakkan di luar restoran kedai itu, di mana ia memudahkan pelanggan untuk memilih sendiri pesanan mereka sebelum membuat pembayaran, sama ada menggunakan kad kredit ataupun secara tunai.

Tambahan pula, nombor telefon pelanggan akan turut diambil semasa proses pesanan bagi mengelakkan para pelanggan menunggu lama untuk pesanan mereka.

Khidmat ini sangat memudahkan orang ramai kerana anda boleh membuat pesanan, membayar dan anda boleh meneruskan niat membeli belah anda sementara menunggu piza anda tersedia. Pihak restoran akan menghubungi anda sekiranya piza anda telah siap.

Untuk pelanggan yang ingin menikmati piza di restoran itu pula, pihak Pizza Hut juga menyediakan menu digital mereka – dilengkapi dengan fungsi realiti yang lebih menonjol (Augmented Reality- AR).

Sumber: Pizza Hut Malaysia

Para pelanggan di restoran akan merasai sendiri pengalaman yang berbeza apabila menu AR disediakan pada tablet di setiap meja. Tablet itu pula turut dilengkapi dengan permainan yang menyeronokkan bagi menghindarkan para pelanggan berasa bosan ketika menunggu hidangan mereka tiba di meja.

Pizza Hut mensasarkan untuk memperkenalkan konsep digital ini pada setiap kedainya di seluruh negara

Sumber: Pizza Hut Malaysia

(L-R) Merrill Pereyra, selaku CEO QSR Brands (M) Holdings Bhd, Jean Ler, selaku Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia dan Eric Leong, selaku Pengarah Pizza Hut Malaysia merasmikan pelancaran kedai Pizza Hut berkonsepkan digital pertama dan aplikasinya pada telefon bmbit.

Menerusi ucapannya, Merrill Pereyra, berkata, “Di dalam mengembangkan strategi Pizza Hut digital ini, kami perlu kembali kepada intipati asal berkenaan dengan maksud sebenar industri makanan. Bagi kami, ia akan memudahkan para pelanggan untuk menikmati piza dengan cara yang lebih baik – sama anda di restoran, dirumah ataupun di mana-mana sahaja”.

Kempen Pizza Hut digital juga melibatkan pelancaran bersama aplikasi pada telefon bimbit untuk servis penghantaran piza

Sumber: Pizza Hut Malaysia

Aplikas itu boleh dimuat turun di Google Play dan App Store, di mana ia menawarkan pilihan penghantaran yang menarik buat pelanggan. Ia dilengkapi dengan sistem ganjaran – pesanan yang dihantar menggunakan aplikasi itu akan diberikan mata dan ia boleh ditebus untuk hidangan percuma (daripada hidangan tambahan sehinggalah piza)!

Bermula daripada 30 Oktober ini, Pizza Hut akan memberikan 35,000 piza percuma sempena pelancaran perkhidmatan ini. Apa tunggu lagi, dapatkan piza percuma anda dengan memuat turun aplikasi itu segera!

Sumber: Pizza Hut Malaysia

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...