Kempen, KESIHATAN, Pendidikan

Pesakit meninggal ekoran kereta lain enggan memberikan laluan kepada ambulans

Pesakit meninggal ekoran kereta lain enggan memberikan laluan kepada ambulans

Lazimnya, kita telah dimaklumkan sejak kecil lagi untuk prihatin terhadap persekitaran, lebih-lebih lagi ketika kecemasan.

Kenderaan seperti trak bomba, ambulans dan kereta polis mempunyai siren yang jelas dan lampu berkelip untuk memberitahu kepada orang ramai supaya memberikan laluan di jalan raya.

Kredit: escorting_ambulance_medan

Memang ia sudah termaktub di dalam undang-undang. Walau bagaimanapun, ada juga di antara kita yang enggan memberikan laluan! Salah satu insiden seperti keadaan itu berlaku di Medan, Indonesia pada 9 Oktober lalu jam 9 malam, menurut laporan.

Pada ketika itu, sebuah ambulans sedang bergegas ke hospital dengan membawa seorang pesakit.  Sungguh pun begitu, banyak kenderaan lain pada ketika itu didapati tidak kisah dan enggan memberikan laluan kepada ambulans berkenaan.

Akibatnya, pesakit itu meninggal. Anggota paramedik dilaporkan telah membawa pesakit itu dari Rantaurapat untuk ke Hospital Adam Malik.

Jarak antaranya pula hanyalah sejauh 10 kilometer sahaja!

Kredit: Google Maps

Pihak Indonesians Escorting Ambulance (IEA) merupakan organisasi bukan berasakan keuntungan yang bermatlamat yang dipelopori oleh mereka yang ingin membantu ambulans bergerak semasa terkandas di jalan raya yang sibuk.

Seorang ahli IEA, Steven Willy Andry berkata usaha untuk membawa pesakit itu memakan masa hampir 45 minit.

“Siren telah dibunyikan dengan begitu kuat tetapi kenderaan lain masih lagi tidak berbuat apa-apa. Kami cuba mengiringi ambulans bagi membantu ambulans bergerak tetapi kenderaan lain menghalang”.

Selepas menyedari usaha itu hanya sia-sia, mereka cuba mengubah untuk ke hospital yang lebih dekat. Malangnya, pesakit itu meninggal dunia sejurus sahaja sampai di hospital.

Menyedihkan!

Kredit: escorting_ambulance_medan

Apa sebenarnya sebab untuk mereka tidak membenarkan ambulans terus bergerak? Sungguh tidak berhati perut dan sangat mementingkan diri sendiri!

Sememangnya tiada alasan untuk kita menghalang laluan ambulans untuk tiba ke destinasi. Cuba bayangkan anda berhadapan dengan keadaan sedemikian. Bertimbang rasalah sesama kita.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...