Berita Sains & Teknologi, KESIHATAN, Pesona, SAINS & TEKNOLOGI

Pasukan doktor legenda! Imbasan CT menunjukkan perubahan ketara pada struktur wajah yang rosak teruk dan dibetulkan dalam satu pembedahan

Pasukan doktor legenda! Imbasan CT menunjukkan perubahan ketara pada struktur wajah yang rosak teruk dan dibetulkan dalam satu pembedahan

Selepas satu kemalangan dengan kecederaan yang serius, ada pesakit yang berasa putus harapan tetapi para doktor sentiasa percaya untuk melakukan tugas mereka dengan sebaik mungkin demi menyelamatkan nyawa.

Setiap hari, di seluruh dunia, kita mendengar berita para doktor yang berusaha gigih menyelamatkan nyawa jutaan manusia. Antaranya, mereka telah menjalankan salah satu pembedahan kritikal dengan cuba menyelamatkan nyawa pesakit bersama kerja keras dan usaha yang gigih.

Para doktor yang berusaha keras membetulkan struktur wajah seorang wanita yang sudah remuk amat jarang sekali didengar dan ia amat mengagumkan.  Satu perkembangan yang menjadi penanda penting dalam dunia sains perubatan moden.

Seorang wanita berusia 25 tahun dari Amerika Syarikat telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri dan wajahnya telah remuk akibat tidak memakai tali pinggang keledar.

Kredit: Hindustan times

Para doktor di sebuah hospital mengambil masa selama 8 jam masa pembedahan yang sangat kritikal untuk membetulkan struktur wajah dan tulang yang telah remuk yang berisiko membawa kepada kerosakan dalaman.

Imbasan CT yang pertama telah diambil sebelum pembedahan dilakukan dan ia telah mendedahkan terdapat kecederaan yang traumatik pada otak, pendarahan intrakranial, kerosakan pada mata yang memerlukan pembedahan enukleasi serta tulang wajah yang telah patah secara meluas.

Selepas pembedahan itu dijalankan, imbasan CT selepas pembedahan telah dihantar ke media sosial dan ia menjadi tular apabila ramai yang memuji usaha keras  para doktor  melakukan pembedahan yang agak rumit dan mustahil ini.

Kredit: imgur.com

Pakar bedah oftalmologi yang menjalankan pembedahan itu telah menghantar foto imbasan CT  di dalam halaman web perubatan pada tahun 2015 dan ia telah mendapat pujian di seluruh dunia dengan hasil kerja keras para doktor  yang amat hebat dan mengagumkan.

Ramai yang melihat imbasan CT itu seakan tidak mempercayai bagaimana pasukan pakar bedah ini boleh menstruktur semula wajah wanita tersebut dengan keadaan yang terbaik. Mereka memuji usaha keras para doktor ini.

Ada yang menggelar para doktor ini sebagai ‘Da Vincis’ dalam bidang perubatan dan ramai pula yang berasa terkejut melihat wajah wanita ini telah remuk dan rosak dengan teruk seperti ‘telur hancur’.

Bagaimana para doktor ini telah berjaya menstruktur semula wajah dengan begitu teliti dan baik sekali dalam pembedahan itu.

Kredit: Indian express.com

Walaupun kita sering mendengar mengenai pembedahan yang berjaya, tetapi pembedahan ini adalah bukti kerja keras para doktor dan mereka tidak pernah berputus asa dengan mudah.

Pembedahan seperti ini sentiasa menjadi perkara penting yang mengubah kehidupan pesakit dan para doktor memerlukan banyak pengalaman, pengetahuan dan kesabaran yang tinggi dalam mengendalikan pembedahan berisiko dan kritikal.

Kini pesakit wanita ini telah beransur pulih dan wajahnya nampak hebat!

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...