Benua Amerika, KESIHATAN

Padah menerima khidmat doktor palsu; seorang lelaki Kolombia merana pipi mereput dan bernanah selepas melakukan pembedahan pipi!

Padah menerima khidmat doktor palsu; seorang lelaki Kolombia merana pipi mereput dan bernanah selepas melakukan pembedahan pipi!

Siapa sangka wajah yang dahulunya mulus, sempurna kini bertukar menjadi mimpi ngeri buat seorang lelaki dari Kolombia apabila pipinya mereput selepas melakukan pembedahan pipi.

Tidak hanya mereput pipi lelaki itu juga dikatakan bernanah selepas menjalani pembedahan yang dilakukan oleh seorang doktor palsu.

Jerson Trujillo, 28, dikatakan telah membuat pembedahan itu untuk kelihatan seperti wanita namun begitu pembedahan itu nampaknya tidak berhasil. Dia bahkan menanggung akibat buruk kerana pembedahan itu telah menyebabkan pipi kirinya mereput dan menggelembung.

Gelembung itu dikatakan merupakan hasil dari sel imunnya yang berkumpul untuk menghalang bahan asing di dalam badan yang tidak dapat dihapuskan.

Berikutan masalah serius pada mukanya, lelaki itu kemudian menjalani empat pembedahan selepas itu untuk membaiki kerosakan pada wajahnya.

Dia yang telah mendapatkan khdimat doktor palsu tersebut sejak empat tahun lalu sangat terkilan dengan apa yang berlaku. Dia tidak menyangka bahawa doktor tersebut telah memasukkan sesuatu yang berbahaya di dalam tubuhnya. Doktor palsu ini kini dikatakan sedang melarikan diri.

“Muka saya hancur, mereput dan keluar nanah.” katanya lagi. Menurutnya lagi  mukanya turut menjadi kemerah-meraan dan ‘panas’ selepas dicucuk dengan sejenis cecair. Menurut doktor itu cecair tersebut dapat menjadikan pipinya lebih berisi.

Dia pada mulanya tidak mengalami apa-apa masalah atau kesan tetapi keadaan mula memburuk seminggu kemudian selepas dia pergi untuk mendapatkan rawatan pelembab. Pelembab itu memberi reaksi negatif terhadap bahan yang dicucuk ke dalam tulang pipinya, lapor berita tempatan dan tiga bulan selepas rawatan pelembab itu, dia mula mengalami simpton negatif.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...