HIBURAN, VIDEO

Menangis kerana tidak mendapat pelukan dan ciuman daripada bapa sebelum keluar bekerja. Comelnya!

Source: Little Girl Cries After Dad Forgets Their 'Goodbye Ritual' by Shubbup on Rumble

Kadangkala, kita terlalu sibuk dengan urusan dunia sampai terlupa untuk memberikan perhatian pada yang tersayang.

Bagi lelaki ini, tidak sempat untuk memberikan pelukan mesra kepada anak perempuannya sebelum keluar dari rumah adalah perkara yang tidak perlu diperbesarkan. Tetapi lihat reaksi anaknya pula yang ternyata amat kecil hati kerana tidak diberikan ciuman dan pelukan oleh bapa tercinta.

Dalam video berdurasi kurang satu minit ini, anak kecil tersebut kelihatan sangat sedih dan menangis. Setelah ditanya oleh ibunya, dia menyatakan bahawa bapanya terlupa untuk memberikan pelukan dan ciuman sebelum keluar rumah.

Oh Tuhan… Terharunya mendengar luahan hati anak kecil ini.

Si ibu cuba menenangkannya dengan berkata bahawa bapanya berjanji akan memberikan pelukan dan ciuman setelah dia pulang ke rumah. Tetapi gadis comel ini tetap menitiskan air mata.

Sedih sungguh anaknya ini. Comel pula itu. Bapanya harus memberikan pelukan dan ciuman berganda setelah pulang ke rumah nanti! Jangan lupa lagi ya?

Sumber: Viral Nova

Kategori:HIBURAN VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...