Asia, BISNES, NASIONAL

Like Mart tampilkan keunikkan, anda boleh masak mi segera dan telur di dalam kedai!

Like Mart tampilkan keunikkan, anda boleh masak mi segera dan telur di dalam kedai!

Ramai orang tahu bahaya mi segera kepada kesihatan tetapi apabila anda lapar dan mahukan sesuatu yang mudah, mi segera sentiasa menjadi pilihan utama. Setiap orang juga mempunyai citarasa yang tersendiri. Ada yang makan mi segera bersama telur, sayur, atau apa-apa makanan lain bagi menambah selera.

Jika anda membeli mi segera di kedai serbaneka dan ingin menambah telur, sudah tentu anda perlu pulang ke rumah dahulu untuk memasaknya.

Tetapi sebuah kedai serbaneka baharu di Kuala Lumpur, Like Mart, mereka tampil dengan kelainan dan keunikkan di kedai mereka.

Kedai serbanaka yang beroperasi 24 jam ini menyediakan tempat untuk memanaskan mi segera dan anda juga boleh memasak telur disini. Mudah, bukan?

Bukan itu sahaja, Like Mart turut menawarkan pelbagai produk luar negara  yang sukar ditemui di Malaysia.

Anda pasti rambang mata melihatnya! Anda sudah terliur?

Tunggu apa lagi, ayuh kunjungilah Like Mart yang kini beroperasi di Jalan Kuching, Sri Petaling, dan Jalan Puchong.

Jangan risau, kedai ini beroperasi 24 jam, oleh itu, pergi sahaja bila-bila masa bersama rakan-rakan anda.

Era Baru

Kategori:Asia BISNES NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...