KESIHATAN

Ketahui 8 punca kembung perut dan langkah mengatasinya. Penting untuk semua lapisan umur

Ketahui 8 punca kembung perut dan langkah mengatasinya. Penting untuk semua lapisan umur

Kembung perut dan loya merupakan antara perkara yang boleh merosakkan hari dan emosi seseorang.

Menurut statistik kajian, lebih 30% penduduk dunia sering mengalami masalah pencernaan yang berulang-ulang.

Justeru, bagi mengelakkan masalah ini berlaku kepada anda lagi, anda harus tahu mengapa ia terjadi dan bagaimana untuk mengatasinya.

#1 Waktu makan anda

Menjalani gaya hidup yang sibuk membuatkan kita sering mengambil makanan tidak mengikut waktu yang ditetapkan. Makan pada waktu yang tidak menentu serta makan dengan cepat boleh menyebabkan perut anda menjadi kembung.

Di samping itu, sistem pencernaan tubuh menjadi lebih aktif pada waktu siang. Oleh demikian, makan pada larut malam adalah tidak digalakkan kerana tidur selepas makan akan mengakibatkan perut anda menjadi kembung, mual, sakit dan pedih.

Sebaiknya, anda perlu menikmati hidangan dengan makan secara perlahan dalam keadaan yang selesa dan tidak tergesa-gesa.

#2 Kurangkan pengambilan garam

Makanan yang mengandungi banyak garam akan membuatkan tubuh menjadi dehidrasi sekali gus mengakibatkan kembung perut. Amalkan makanan yang mengandungi rempah-ratus dan sebaiknya, makanan yang dimasak sendiri dan bukan makanan segera.

Minum air dengan banyak iaitu 8 hingga 12 gelas sehari dapat membantu membuang toksin dalam badan.

#3 Ketidakseimbangan bakteria dalam tubuh

Apabila bakteria mikrob di dalam badan menjadi tidak seimbang, anda akan mengalami simptom-simptom seperti kembung perut, loya, sakit perut dan juga muntah.

Bagi memastikan kesihatan usus, anda perlu mengamalkan pengambilan makanan yang mengandungi probiotik dan kultur hidup seperti yogurt, susu soya, jeruk, tempe dan suplemen probiotik.

#4 Tindak balas gluten

Produk yang mengandungi bahan gluten seperti roti kadangkala boleh memberikan tindakbalas alahan kepada anda. Pengambilan mi soba yang diperbuat daripada gandum kuda (buckwheat) misalnya boleh menyebabkan alahan seperti kesesakan nafas dan kegatalan.

Adalah lebih baik jika anda dapat merujuk kepada pakar mengenai masalah kesihatan dengan menjalani ujian darah. Alternatif lain adalah cuba amalkan diet eliminasi bagi melihat sama ada anda mempunyai alahan terhadap makanan atau tidak.

#5 Buah dan sayur-sayuran

Tahukah anda bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran seperti epal, mangga, asparagus dan brokoli juga boleh menyebabkan masalah kembung perut yang serius?

Untuk mengetahui sama ada pengambilan makanan ini sesuai untuk anda, lakukan ujian sambil mendapatkan rundingan oleh pakar kesihatan.

#6 Hormon kawalan kelahiran

Pengambilan hormon terutamanya estrogen dapat menyebabkan kembung dan penambahan berat badan. Jadi, berbincanglah dengan pakar kesihatan anda tentang alternatif lain bagi mengawal kelahiran.

#7 Pengambilan kafein yang terlalu banyak atau tidak mencukupi

Kafein dikatakan dapat membantu membersihkan tubuh anda daripada lebihan garam dan air. Namun terlalu banyak kafein juga boleh menyebabkan berlakunya kembung perut.

Bagi mengelakkannya, bertukarlah kepada pengambilan teh herba, air putih dan alternatif lain yang lebih sihat berbanding kafein.

#8 Kurang aktiviti senaman

Selepas makan, kita tidak digalakkan untuk tidur atau bermalas-malasan sebaliknya kita perlu menjadi lebih aktif bagi melancarkan sistem pencernaan.

Anda boleh berjalan-jalan, melakukan senaman ringan seperti tai-chi, yoga dan sebagainya. Kekal aktif dan badan anda pasti akan menjadi lebih sihat dan kuat!

Era Baru

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...