Hartanah, NASIONAL

Kajian Bank Negara – Rumah terlalu mahal punca rakyat tidak mampu miliki rumah

Kajian Bank Negara – Rumah terlalu mahal punca rakyat tidak mampu miliki rumah
Bank Negara Malaysia menjangka pengurangan rumah mampu milik akan meningkat kepada satu juta unit menjelang tahun 2020. (Foto komposit)

KUALA LUMPUR – Menerusi satu pendedahan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), peningkatan harga rumah merupakan faktor utama mengapa rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli rumah.

Kredit: NST

Bloomberg melaporkan bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai keupayaan kewangan bagi pemilikan rumah memandangkan harga yang ditawarkan untuk seunit rumah adalah terlalu tinggi.

“Harga rumah yang semakin tinggi telah menambahkan lagi kekecewaan rakyat yang sedang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup semenjak cukai GST dikenakan pada dua tahun lalu. Tambahan pula, kerajaan juga telah memansuhkan subsidi bagi barangan harian termasuk petrol dan gula.”

Tambah Bloomberg, BNM menganggarkan berlaku pengurangan rumah mampu milik kira-kira 960,000 unit. BNM turut menjangkakan jurang yang membimbangkan antara permintaan dan penawaran akan semakin membesar dan pengurangan rumah mampu milik akan meningkat kepada satu juta unit menjelang tahun 2020.

Pada Persidangan Kebangsaan Sektor Perakaunan Awam 2017 yang berlangsung Ogos lalu, gabenor BNM iaitu Datuk Muhammad Ibrahim menyatakan bahawa ia adalah isu yang melibatkan tidak mempunyai pendapatan mencukupi dan harga rumah yang terlalu mahal.

Tambah beliau, secara realitinya, “rumah mampu milik” adalah sebenarnya tidak mampu dimiliki oleh rakyat.

Kredit: Bajet.com.my

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, “Sejak 2012, peningkatan harga rumah di Malaysia telah melampaui batas dalam paras pendapatan. Kesannya, harga rumah median yang lazim menjadi luar jangkaan rakyat Malaysia”.

Johari bagaimanapun menafikan dakwaan mengenai kesulitan untuk mendapatkan kelulusan pinjaman perumahan oleh rakyat. Menurut kenyataan di dalam laporan oleh BNM, kadar keseluruhan kelulusan untuk pinjaman perumahan kekal tinggi pada 74.2% dengan kelulusan daripada pihak bank berjumlah RM22.3 bilion kepada 90,137 orang peminjam.

Kata Johari lagi, “Akses dalam kewangan bukan halangannya tetapi peningkatan harga perumahan yang semakin meningkat melampaui kemampuan rakyat menjadi isu utama yang berlaku dalam pemilikan rumah, begitu juga yang terjadi pada rumah mampu milik”.

Sementara itu, BNM baru-baru ini telah melancarkan laman sesawang terbaru dikenali sebagai ‘Housing Watch’ bagi memberikan informasi dan maklumat terkini kepada rakyat Malaysia tentang pemasaran perumahan. Di samping itu, Housing Watch juga membekalkan pengguna dengan maklumat yang berkaitan dengan ukuran polisi dan program bantuan kewangan perumahan.

Sebagai rakyat Malaysia, adakah anda bersetuju bahawa rumah di Malaysia sememangnya terlalu tinggi harganya? Luahkan pendapat anda di ruangan komen.

Sumber: SAYS

Kategori:Hartanah NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...