Aneh, Galeri Foto, GAYA HIDUP, Keluarga

Bapa borek, anak rintik….ehhh…bukan! Ibunya yang borek, maka anaknya juga rintik. Comelnya apabila ibu dan anak bergambar sedondon

Bapa borek, anak rintik….ehhh…bukan! Ibunya yang borek, maka anaknya juga rintik. Comelnya apabila ibu dan anak bergambar sedondon

Dominique Davis,30, yang berasal dari Hetton, England tidak mahu ketinggalan menjana pendapatan melalui media sosial yang menjadi kegilaan ramai dewasa ini. Minat menulis yang dipupuknya semenjak di bangku sekolah akhirnya membuatkan dia melepaskan kerjaya di pusat panggilan pelanggan untuk memberi tumpuan dalam platform yang baharu diceburinya.

Bermula dengan subjek tentang fesyen, sambutan terhadap laman Instagram Dominique melonjak naik apabila dia mula mengetengahkan anak perempuannya iaitu Amelia dan Penny yang masing-masing berusia 11 dan 4 tahun. Melihat kepada sambutan memberangsangkan, Dominique mengkhususkan sebuah projek bersama anak-anaknya yang dipanggil #allthaisthree.

Projek ini bukanlah projek biasa ibu dan anak. Gambar yang dimuat naik memaparkan anak beranak ini berpakaian sedondon!

Menurut Dominique, segalanya bermula hanya daripada sebuah gurauan.

“Ilham merakamkan foto #allthatisthree bermula secara kebetulan. Pada suatu pagi, dengan tak sengaja saya dan Penny memakai baju belang sedondon. Tiba-tiba, Amelia muncul dari bilik tidurnya dan dia juga memakaki baju yang sama. Kami ketawa terbahak-bahak. Kemudian semasa saya sedang memerah otak mencari ilham baharu, kami sependapat untuk berkongsi gurauan pagi kami itu dengan orang lain” ujar Dominique.

Banyak idea yang dicetuskan Dominique dan anak-anak – seringkas rupa orang mengantuk, mendandan rambut dan menjalin tocang serupa sehinggalah berpakaian sedondon mengikut tema. Kedua-dua anak perempuannya juga pandai bermain dengan mimik wajah sekaligus membuatkan pengguna Instagram yang lain menahan geram melihat aksi mereka.

Jom kita saksikan beberapa keping foto anak beranak yang penuh kecomelan ini.

#1. Minum petang ala Inggeris

#2. Selamat malam semua!

#3. Gaya retro kembali lagi

#4. Penghuni angkasa lepas

#5. Sempat bergaya sambil menunggu tahi bintang jatuh

#6. Ada pesanan yang nak disampaikan

#7. Mulakan hari dengan sarapan…serta senyuman

#8. Apabila kehabisan idea, dengan kotak pun boleh bergaya

#9. Adegan kejar-mengejar

#10. Apabila bergambar melibatkan ais krim, si kecil gagal menahan sabar

#11. Pakar sains terhebat

#12. Mahu kembali ke masa silam dengan jantina berbeza?

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...