Benua Amerika, Galeri Foto, Kerjaya, Pesona

Bagaimanakah rasanya jika terperangkap di alam mimpi? Pemuda ini mampu memberikan gambaran yang nyata…

Bagaimanakah rasanya jika terperangkap di alam mimpi? Pemuda ini mampu memberikan gambaran yang nyata…

Tullius Heuer ialah seorang artis digital dari Bandar Maceió, Alagoas, Brazil.

Beliau yang kini bekerja secara bebas, menggunakan kepakarannya mengambil gambar dan melukis untuk menghasilkan sebuah karya seni yang lain daripada biasa.

Imej yang terhasil seolah-olah berada di antara alam mimpi dan realiti.  Anda harus melihatnya dari sudut berlainan untuk lebih menghargai karya sebegini rupa. Bagi menghasilkan sebuah karya seni, Heuer akan menggabungkan foto dan lukisan yang dilakarnya sendiri.

Kebanyakan masa dia akan menggunakan lebih daripada satu unsur imej. Proses lakaran dan suntingan dilakukan dengan begitu cermat dan teliti.

Dengan menggunakan aplikasi digital, beberapa foto dimasukkan, digabungkan dan ditindih di atas lakaran yang dihasilkan. Lakaran tangan juga menggabungkan teknik berbeza bagi membolehkan beliau menghasilkan ilusi 3-dimensi di atas sekeping permukaan rata.

Hasil kerja tangan Heuer mendapat perhatian pencinta seni dan sering ditempah sebagai kulit buku, majalah dan cakera padat. Selain cetakan kanvas, karya seninya turut dicetak  di atas pelbagai bahan lain dan dijadikan barangan seperti beg, tuala kaki dan sarung bantal.

Ayuh kita lihat karya seni terhebat hasil ciptaan Tullius Heuer.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...