KESIHATAN

Awas jika kornea tercalar! Kanak-kanak lelaki ini hampir buta akibat jangkitan ulser

Awas jika kornea tercalar! Kanak-kanak lelaki ini hampir buta akibat jangkitan ulser

Mata dan deria penglihatan itu merupakan satu kurniaan yang sangat berharga. Ia bagaikan permata yang tidak boleh ditukar ganti. Jika kita kehilangan deria penglihatan, kita akan kehilangan salah satu nikmat untuk melihat keindahan kehidupan ciptaan Tuhan.

Oleh kerana mata itu sangat berharga, ia perlu dijaga dengan baik. Jika sesuatu yang tidak kena berlaku pada penglihatan dan mata kita, segeralah bertanya dan berjumpa dengan mereka yang arif dan pakar dalam hal penjagaan mata.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Koahsiung, Taiwan secara tidak sengaja telah menggosok mata dan mencalarkan salah satu kornea di matanya selepas bermain dengan rakan-rakan. Kanak-kanak lelaki ini tidak menghiraukan calaran di kornea matanya dan kini mengalami keadaan kepada hampir kehilangan deria penglihatan.

Kredit : iStockphoto

Menurut sumber Mingpao, budak lelaki ini telah mengalami kornea mata yang tercalar tetapi ia tidak dihiraukan sama ada oleh dirinya sendiri atau ahli keluarganya. Jadi ibu bapanya tidak mengambil kisah untuk membawa anak lelaki mereka berjumpa dengan doktor.

Selepas insiden tersebut, kanak-kanak ini telah pergi berenang dan tidak menanggalkan kanta lekap istimewa yang dipakai semalaman untuk membentuk biji matanya atau dikenali kaedah Orthokeratology.

Malang bagi kanak-kanak lelaki ini, kornea yang tercalar itu telah menjadi satu perkara yang lebih serius dan membimbangkan apabila kesan calaran itu telah dijangkiti oleh air yang tidak bersih semasa kanak-kanak ini sedang berenang. Kornea matanya telah dijangkiti oleh dua bakteria berbeza yang telah mencetuskan jangkitan ulser pada kornea.

Kredit : LTN

Ibu bapa kanak-kanak ini menjadi panik dan telah membawa anak mereka berjumpa dengan doktor dan dari diagnos didapati situasi kanak-kanak lelaki ini adalah lebih buruk dari yang disangka. Para doktor telah merawat kanak-kanak ini selama dua minggu tetapi keadaan matanya langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Dalam kebimbangan, para doktor mendapati keadaan mata kanak-kanak ini telah menjadi lebih serius kerana bakteria telah merebak jauh ke dalam kornea mata kesan dari calaran yang telah dibiarkan dalam waktu yang lama.

Dengan segera, para doktor telah berusaha untuk menyelamatkan mata kanak-kanak ini dengan merawatnya selama tiga bulan tetapi masih tidak menunjukkan apa-apa perubahan dan kesan lebih baik. Parut dari calaran kornea dan saluran darah yang baru telah merebak ke seluruh mata dan memberi kesan kepada daya penglihatannya.

Kredit : LTN

Kanak-kanak lelaki ini telah kehilangan daya penglihatan sebanyak 0.02 yang mana hampir kepada kehilangan daya penglihatan sepenuhnya. Dan ini bermakna, jangkitan ulser pada kornea boleh membuat anda menjadi buta sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Pakar mata yang merawat berkata kanak-kanak lelaki ini mungkin perlu menjalani pembedahan pemindahan kornea jika dia mahu memulihkan kembali penglihatannya. Tetapi buat masa ini, mereka dengan sedaya upaya sedang mencuba untuk menyelamatkan matanya.

Doktor ini juga memberi nasihat dan mengingatkan orang ramai supaya segera berjumpa dengan doktor atau pakar mata yang berkenaan untuk meminta nasihat atau rawatan apabila mengalami apa-apa rasa ketidakselesaan yang berterusan pada mata. Elakkan diri dari memakai kanta lekap ketika melakukan apa-apa aktiviti air untuk mencegah jangkitan bakteria pada mata.

Apa yang penting mata dan penglihatan itu sangat berharga. Jadi, sentiasalah melindungi dan menjaga mata anda!

Era Baru

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...