Aneh, Asia, VIDEO

Apa tindakan anda jika tiba-tiba jambatan kaca pecah? Saksikan lelaki ini apabila terkena ‘prank’

Apa tindakan anda jika tiba-tiba jambatan kaca pecah? Saksikan lelaki ini apabila terkena ‘prank’

Melalui atau memijak jambatan kaca sememangnya memberikan satu pengalaman indah yang tidak boleh dilupakan. Melihat permandangan indah daripada bangunan pencakar langit sudah tentu memberikan satu kenangan manis yang sentiasa terpahat.

Tetapi andai kata kaca lut sinar itu daripada 1.15 km dan tiba-tiba terpecah atau retak, adakah sempat kita untuk menyelamatkan diri?

Dalam satu insiden di China, seorang pemandu pelancong merangkak, berlari, dan seperti tidak tahu membuat apa-apa apabila jambatan kaca yang dilaluinya terpecah.

Kasihan kepada lelaki ini apabila menjadi mangsa gurauan pengurusan jambatan itu, East Taiheng Glasswalk.

Dengan bantuan kesan khas dan alat sensor, jambatan tersebut seolah-olah retak dan pecah supaya para pengunjung dapat merasai pengalaman yang lebih mengerikan!

Pelancong yang meniringinya pula tidak mengikutnya apabila lelaki ini menjerit-jerit meminta bantuan.

Selain daripada kesan jambatan retak, terdapat juga bunyi seperti jambatan itu sedang meretak.

Mengikut pihak pengurusan, “Sensor itu akan mengikuti anda ke mana-mana sahaja, dan anda juga akan mulai mendengar bunyi seperti kaca sedang meretak.

Video ini telah disebarkan melalui akaun rasmi Wechat dan akaun Twitter People’s Daily China sebagai satu promosi kepada para pelancong yang ingin melawat ke China.

Jika anda menjadi mangsa seperti ini, dimanakan anda akan menyelamatkan diri? Pastikan anda bersedia terlebih dahulu!

Era Baru

Kategori:Aneh Asia VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...